Malaysia mahu liputan Internet turut fokus kawasan ekonomi: Fahmi

November 7, 2026 · Isu semasa

Malaysia bercadang mengemukakan cadangan supaya pengukuran liputan Internet di peringkat antarabangsa tidak lagi hanya tertumpu kepada kawasan berpenduduk, sebaliknya turut mengambil kira lokasi yang mempunyai aktiviti ekonomi.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan kawasan seperti lebuh raya, laluan kereta api, pelabuhan, kawasan nelayan dan destinasi pelancongan turut mendapat perhatian dalam pembangunan infrastruktur telekomunikasi.

Beliau berkata, cadangan berkenaan sedang diteliti susulan aduan orang ramai dan Ahli Parlimen mengenai masalah capaian Internet di lokasi yang tidak mempunyai penempatan penduduk tetap tetapi menjadi laluan perhubungan utama atau pusat kegiatan ekonomi.

Menurutnya, standard sedia ada yang dikenali sebagai Coverage of Populated Areas (COPA) perlu dipertimbangkan semula dengan memperkenalkan pendekatan Coverage of Economic Areas.

“Kita nak cadangkan di peringkat ITU, apakah wajar boleh kita pertimbangkan semula standard daripada COPA kepada Coverage of Economic Areas.

“Kita nak lihat bukan berdasarkan tempat itu ada orang duduk situ ataupun tak, tetapi ada tak ekonomi dijalankan di tempat itu,” katanya dalam temu bual menjelang Persidangan Plenipotentiary Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU PP-26), hari ini.

Fahmi berkata, antara kawasan yang perlu diberikan perhatian termasuk laluan jalan raya utama, jajaran kereta api, pelabuhan serta kawasan pesisir pantai yang menjadi lokasi kegiatan nelayan.

Selain itu, destinasi pelancongan dan rekreasi seperti Taman Negara serta pulau-pulau di Sabah juga wajar diberikan pertimbangan dalam perancangan liputan Internet.

Katanya, kawasan berkenaan mungkin tidak mempunyai penduduk tetap, namun keperluan Internet tetap penting bagi menyokong aktiviti ekonomi, pelancongan dan pergerakan orang ramai.

“Ramai mengadu tentang Internet atau talian mereka di laluan-laluan utama, jalan-jalan raya dan tempat-tempat yang sebenarnya tak ada penduduk tetapi menghubungkan antara dua tempat ataupun menjadi tempat adanya aktiviti ekonomi,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia melihat keperluan mengangkat idea berkenaan ke peringkat antarabangsa kerana isu itu belum banyak dibincangkan dalam penetapan standard liputan telekomunikasi global.

“Kita nampak banyak keperluan untuk kita angkat idea seperti ini yang setakat ini belum dibincangkan. Jadi, mungkin Malaysia antara yang pertama untuk bawa perkara ini ke peringkat ITU,” katanya.

Fahmi berada di Doha dari 6 hingga 11 November bagi mengetuai delegasi Malaysia ke ITU PP-26 dengan misi mempertahankan kerusi negara sebagai ahli Majlis ITU bagi penggal 2027 hingga 2030.

Persidangan yang diadakan setiap empat tahun itu merupakan platform tertinggi ITU untuk membincangkan hala tuju pembangunan telekomunikasi dan teknologi maklumat serta komunikasi (ICT) dunia.

Sebagai agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ITU bertanggungjawab menyelaras standard telekomunikasi antarabangsa, pengagihan spektrum radio serta pembangunan rangkaian komunikasi global.

Cadangan Malaysia itu berpotensi memperluas penilaian liputan Internet supaya bukan sahaja mengambil kira keperluan penduduk, malah kepentingan ekonomi dan pembangunan digital negara.

Berita berkaitan
Soalan-Soalan Lazim (FAQ): Apakah itu MySiren?
5 jam lalu· Rencana
MySIREN lebih pantas daripada SMS, data pengguna kekal selamat: Fahmi
6 jam lalu· Isu semasa
MySIREN dilancar, amaran kecemasan terus ke telefon bimbit
7 jam lalu· Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
November 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SPR daftar hampir 42,000 pengundi baharu pada Oktober
4 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: AMK persoal pengumuman Zahid
10 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya ke Turkiye: Zahid umum lulus, Mat Sabu kata Kabinet belum bincang
10 jam lalu · Isu semasa
Eksport Malaysia cecah RM1.81 trilion, rekod tertinggi sejak 1990
10 jam lalu · Isu semasa
Pua persoal Zahid, ungkit kegagalan GST era Najib
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok