Malaysia negara tunggal turun harga minyak ketika ketidaktentuan ekonomi dunia

September 22, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang berani menurunkan harga minyak untuk semua rakyatnya ketika berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

Perdana Menteri berkata, langkah bersejarah itu dapat dilaksanakan kerana kerajaan mengamalkan tadbir urus yang baik dan berpegang pada prinsip keutamaan (tartib al-awlawiyyat) walaupun terpaksa menanggung beban hutang yang besar daripada pentadbiran terdahulu.

“Orang sering fokus pada pendidikan, tapi sebenarnya ada keutamaan-keutamaan yang lain. Sama ada dalam agama, fiqh mahupun pentadbiran, memahami konteks adalah penting,” ujarnya semasa berucap di Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Anwar menjelaskan, tidak semua negara mampu membuat keputusan berani seperti Malaysia dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.

“Kerajaan buat pilihan berdasarkan situasi. Kita lakukan ini walaupun berdepan hutang besar. Ini boleh dilaksanakan kerana kita sedang menuju ke arah tadbir urus lebih baik, hasil lebih baik, dan tidak ulang kesilapan lalu,” katanya lagi.

Beliau turut menekankan langkah ini mencerminkan ketegasan dan kebijaksanaan kerajaan dalam menetapkan keutamaan rakyat.

“Kalau semua negara di dunia berani turunkan harga minyak ketika ekonomi tidak stabil, itu memang memerlukan keberanian dan ketegasan,” tambahnya.

Berdasarkan inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95), harga RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter bermula 30 September ini, berbanding harga semasa RM2.05.

Seramai 16 juta pemegang lesen memandu sah layak menikmati subsidi berkenaan dengan had 300 liter sebulan, manakala pemandu e-hailing pula boleh menikmati kadar istimewa itu tanpa had bulanan.

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan mendapat akses mulai 28 September, manakala anggota polis dan tentera pula mulai 27 September.

Berita berkaitan
Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak
5 jam lalu· Isu semasa
Kes kematian pelajar Irene Sofiya: Anwar arah siasatan segera, telus
October 4, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: Anwar beri ‘hint’ berita gembira untuk mahasiswa
October 3, 2026· Isu semasa
PKR buka semula pintu, tiga bekas MP diterima sebagai ahli semula: Laporan
October 3, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
5 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
5 jam lalu · Isu semasa
Kerangka baharu bagi graduan hadapi dunia kerja era AI: MCMC
5 jam lalu · Isu semasa
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
8 jam lalu · Isu semasa
MYEG digantung, RM314 juta hasil kerajaan masih tertunggak
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok