Malaysia sedia bantu Filipina selepas dilanda gempa kuat: PMX

June 8, 2026 · Isu semasa

Malaysia bersedia menghulurkan sebarang bantuan yang diperlukan kepada Filipina susulan gempa bumi kuat yang melanda wilayah selatan negara itu pagi ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan dan rakyat Malaysia menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa yang terjejas akibat bencana tersebut serta mendoakan keselamatan mereka.

“Ingatan dan doa kami bersama rakyat Filipina. Malaysia bersedia untuk menghulurkan apa sahaja bantuan yang diperlukan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Menurut Anwar, kesan gegaran gempa bumi itu turut dirasai di beberapa kawasan di Sabah, khususnya di pantai timur negeri berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan sedang memantau perkembangan semasa dengan rapi dan semua agensi berkaitan telah diletakkan dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Malaysia dan Filipina adalah rakan akrab serta anggota ASEAN. Saya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada semua yang terkesan, serta agar mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi hari-hari sukar yang akan datang,” katanya.

Gempa bumi berukuran 7.9 magnitud itu dilaporkan melanda Mindanao pada jam 7.37 pagi pada kedalaman 50 kilometer. Pusat gempa terletak pada latitud 5.7 darjah utara dan longitud 125.1 darjah timur.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami dengan ombak setinggi sehingga 0.4 meter dijangka melanda beberapa kawasan pesisir pantai di Sabah, termasuk Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu antara jam 10.30 pagi hingga tengah hari.

Filipina merupakan antara negara yang kerap berdepan bencana gempa bumi kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, iaitu kawasan yang mempunyai aktiviti seismik dan gunung berapi yang tinggi.

Negara itu juga sering menerima bantuan kemanusiaan daripada negara jiran ASEAN ketika berdepan bencana besar.

Setakat ini, pihak berkuasa Filipina masih menilai tahap kerosakan dan jumlah mangsa yang terjejas akibat gempa bumi berkenaan.

Berita berkaitan
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
10 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
10 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas
August 18, 2026· Isu semasa
Kerajaan terbuka kaji gabung elemen SST, GST
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
7 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
7 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
12 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
12 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok