Malaysia tegas pertahan perdagangan bebas: PMX

June 10, 2026 · Isu semasa

Negara-negara berdaulat perlu lebih berani dan tegas mempertahankan prinsip perdagangan bebas serta menolak pelaksanaan tarif punitif dan dasar diskriminasi yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi global, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Berucap pada sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama di Forum Nikkei di Tokyo, Jepun, Anwar berkata Malaysia secara konsisten menyuarakan pendirian menentang tarif yang dikenakan secara unilateral dan menggesa negara lain turut menyatakan pendirian mereka dengan lebih jelas.

“Jika kita menyokong perdagangan bebas, maka ia perlu dinyatakan sebagai dasar yang jelas. Kita mungkin memahami batasan yang wujud, tetapi kita tetap perlu menyuarakannya. Jika tidak, kita tidak menyumbang kepada pembentukan pemikiran baharu mengenai perdagangan global,” katanya.

Sesi tersebut disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan platform media sosial.

Anwar menjawab soalan mengenai bagaimana ASEAN boleh menangani dasar perlindungan ekonomi yang diamalkan kuasa-kuasa besar dunia serta perbezaan pandangan dalam kalangan negara anggota, termasuk peranan kerjasama dengan blok ekonomi seperti BRICS dalam strategi kepelbagaian hubungan antarabangsa.

Menurut beliau, ASEAN perlu terus berinteraksi secara aktif dan dinamik dengan semua negara sambil mengekalkan prinsip kepusatan ASEAN serta dasar berkecuali yang menjadi asas kepada blok serantau itu.

Beliau berkata Malaysia mempunyai hubungan perdagangan dan pelaburan yang kukuh dengan Amerika Syarikat, yang merupakan antara rakan dagang serta pelabur terbesar negara.

Bagaimanapun, katanya, hubungan baik itu tidak bermakna Malaysia perlu bersetuju dengan semua dasar yang diperkenalkan Washington, khususnya berkaitan tarif perdagangan.

“Adakah saya menyatakan perkara ini kepada Presiden Donald Trump? Sudah tentu. Saya menyuarakannya ketika mesyuarat yang Malaysia anjurkan. Kami juga mengharapkan negara lain melakukan perkara yang sama supaya satu konsensus dapat dibentuk,” katanya.

Anwar menegaskan setiap negara mempunyai keutamaan tersendiri dan isu perdagangan tidak seharusnya dilihat dalam kerangka menang atau kalah.

Beliau turut menolak tanggapan Malaysia cenderung kepada mana-mana kuasa besar tertentu, sambil menegaskan dasar luar negara kekal berasaskan kepentingan nasional dan hubungan baik dengan semua pihak.

Mengulas penyertaan Malaysia dalam BRICS, Anwar berkata langkah itu tidak bermaksud negara meninggalkan hubungan ekonomi yang telah lama terjalin dengan Amerika Syarikat dan negara Barat.

Sebaliknya, katanya, Malaysia akan terus memperluaskan kerjasama dengan BRICS serta Majlis Kerjasama Teluk (GCC), yang dilihat sebagai kumpulan ekonomi berpotensi tinggi terutama dalam bidang teknologi dan peralihan tenaga.

Malaysia secara rasmi menjadi negara rakan BRICS pada tahun lalu dalam usaha memperkukuh hubungan dengan ekonomi sedang pesat membangun.

Pada masa sama, kerajaan mengekalkan dasar perdagangan terbuka dan terus memperluaskan jaringan kerjasama ekonomi dengan pelbagai blok serantau serta global bagi mengukuhkan daya tahan ekonomi negara dalam persekitaran geopolitik yang semakin mencabar.

Berita berkaitan
Dunia perlukan hala tuju jelas, bukan sekadar kuasa: PMX
3 jam lalu· Isu semasa
Pembangunan AI perlu berteraskan nilai kemanusiaan: PMX
23 jam lalu· Isu semasa
PMX akan kongsi visi Malaysia hadapi ketidaktentuan global semasa Forum Nikkei di Tokyo
June 8, 2026· Isu semasa
Anwar puji kejayaan Kementerian Komunikasi beri penerangan BUDI95
June 8, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia teroka sumber minyak baharu, utamakan kesesuaian fasiliti tempatan
June 10, 2026 · Isu semasa
Kes aduan Albert Tei terhadap Azam ditutup, tiada tindakan lanjut: AGC
3 jam lalu · Isu semasa
Rosmah diarah bayar RM67.5 juta kepada syarikat barang kemas lubnan: Laporan
3 jam lalu · Isu semasa
Ringgit kekal kukuh, antara mata wang terbaik Asia: Amir Hamzah
15 jam lalu · Isu semasa
Teknologi 5G berpotensi bantu PMKS lebih berdaya saing: Fahmi
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok