Malaysia teroka peluang baharu dalam bidang teknologi dengan Perancis: PMX

July 4, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim mengharapkan penglibatan berterusan yang terjalin antara Malaysia dan Perancis akan memberi manfaat kepada negara untuk jangka masa panjang.

Perdana Menteri berkata, hasrat itu akan dibincangkan dalam pertemuan beliau bersama Presiden Emmanuel Macron sempena lawatan rasmi beliau ke negara berkenaan.

“Kita akan mencari jalan untuk meneroka perkara ini. Sebenarnya kita sudah mengembangkan ikatan (bersama Perancis) selama ini, daripada tidak hanya membeli produk seperti kapal terbang tetapi juga membekalkan bahan untuk pembuatan (mereka),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama rakyat Malaysia yang menetap di Perancis.

Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan Malaysia terus menjadi destinasi utama untuk industri berteknologi tinggi seperti elektrik dan elektronik.

“Pada masa lalu, kita (Malaysia) membeli banyak kapal terbang daripada Airbus dan Boeing. Kini kita ada syarikat yang menghasilkan bahagian untuk pembuatan pesawat ini di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri melalui hantaran di Facebook menyifatkan pertemuan bersama warga Malaysia di Perancis membuka ruang perbincangan yang bermakna mengenai peranan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara.

“Dalam ucapan saya, saya tekankan bahawa Malaysia amat bergantung kepada bakat muda untuk mencorak masa depan yang lebih cemerlang dan berdaya saing.

“Saya menasihati mereka agar menuntut ilmu dengan penuh kesungguhan, kerana kejayaan dalam apa jua bidang bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi juga satu tanggungjawab untuk menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara.

“Malaysia memerlukan generasi muda yang cemerlang, berprinsip dan bersedia memikul amanah besar. Jadilah agen perubahan yang akan menerajui kemajuan negara ke arah masa depan yang lebih gemilang,” katanya.

Berita berkaitan
Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai ‘auta’
4 jam lalu· Isu semasa
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
8 jam lalu· Politik
eFishery: Keputusan pelaburan KWAP dibuat panel profesional
9 jam lalu· Isu semasa
Pelaburan KWAP rugi RM200 juta perlu disiasat: PMX
13 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat hantaran 3R hina Tuanku Muhriz
3 jam lalu · Isu semasa
NADI sasar jadi pusat lahirkan pakar AI luar bandar: MCMC
7 jam lalu · Isu semasa
Kementerian kurangkan latihan di hotel ambil langkah berhemah berbelanja: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
8 jam lalu · Isu semasa
PH kecam khianat bahan kempen, seru politik sihat
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok