Malaysia terus jadi pilihan pelabur asing, kekal antara destinasi terbaik

August 6, 2026 · Isu semasa

Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi pelaburan paling menarik di Asia Tenggara hasil persekitaran perniagaan yang kukuh, ekonomi yang pelbagai serta kedudukan negara yang berkecuali dalam landskap geopolitik global.

Ketua Ahli Ekonomi BMI, Cedric Chehab, berkata gabungan faktor itu memberi kelebihan kepada Malaysia untuk terus menarik minat pelabur asing walaupun dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi dan ketegangan geopolitik.

“Malaysia mempunyai antara persekitaran perniagaan paling kukuh di rantau ini selain menjadi antara ekonomi yang paling pelbagai. Dalam keadaan geopolitik global yang semakin berpecah, kedudukan Malaysia sebagai negara berkecuali memberi keyakinan kepada pelabur,” katanya ketika sesi panel bertajuk Advancing National Growth Agenda Through Distinct Economic Corridors sempena RHB Progress Series 2026 di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Chehab, pertumbuhan pesat industri pusat data turut menjadi pemangkin baharu kepada ekonomi negara, sekali gus mengukuhkan lagi daya tarikan Malaysia dalam kalangan pelabur antarabangsa.

“Koridor-koridor ekonomi di negara ini saling melengkapi antara satu sama lain. Walaupun wujud persaingan, ia adalah persaingan yang sihat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Johor, Natazha Hariss berkata penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka mempercepat pertumbuhan ekonomi negeri itu serta mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan utama.

Beliau berkata Johor merekodkan pelaburan diluluskan bernilai RM110 bilion tahun lalu, namun kejayaan sebenar bergantung kepada keupayaan melaksanakan projek yang telah diumumkan.

“Kami memerlukan pendekatan baharu dalam pembangunan infrastruktur selain perubahan dari segi pemikiran dan cara bekerja bagi memastikan pelaburan dapat direalisasikan,” katanya.

Dalam ucaptama program sama, Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata kerajaan akan terus memastikan dasar ekonomi dan kerangka fiskal kekal kukuh, namun usaha memperluaskan pembiayaan inovasi perlu dipacu dengan lebih aktif oleh sektor swasta.

Menurutnya, institusi kewangan, pelabur institusi, firma modal teroka dan syarikat ekuiti persendirian perlu memainkan peranan lebih besar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara, manakala penerbitan sukuk global terus menjadi instrumen penting menarik pelabur antarabangsa.

Pada masa sama, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Johari Abdul Ghani menegaskan Malaysia perlu bergerak lebih pantas untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

“Kita tidak boleh lagi bergantung kepada pendekatan perniagaan seperti biasa. Negara perlu lebih tangkas menyesuaikan diri dengan perubahan, mempelbagaikan kerjasama strategik dan membuat keputusan yang melindungi kepentingan negara untuk jangka panjang,” katanya.

RHB Progress Series 2026 yang berlangsung selama dua hari menghimpunkan penggubal dasar, pengawal selia, pelabur dan pemimpin industri bagi membincangkan hala tuju transformasi ekonomi Malaysia.

Malaysia terus menjadi antara destinasi pelaburan utama di rantau ini susulan pelaksanaan pelbagai inisiatif seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), JS-SEZ dan pembangunan pesat sektor teknologi termasuk pusat data, yang dijangka menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Berita berkaitan
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
6 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
October 27, 2026· Isu semasa
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026· Isu semasa
Syarat ekuiti Bumiputera 30 peratus kekal
October 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
3 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
4 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
4 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok