Saifuddin Nasution Ismail.
Kerajaan Malaysia tidak pernah memberikan sebarang komitmen untuk mengekstradisi pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik ke India, meskipun pernah menerima permohonan rasmi daripada negara itu sebelum ini.
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat ini kerajaan tidak menerima sebarang permohonan ekstradisi terbaharu daripada Kerajaan India berhubung pendakwah berkenaan.
Beliau menjelaskan, permohonan rasmi pertama daripada India diterima pada 19 Januari 2018, sebelum satu nota diplomatik menyusul pada 29 Mei 2020 bagi meminta Malaysia mempertimbangkan semula permohonan ekstradisi itu.
Bagaimanapun, Malaysia memutuskan untuk tidak menyerahkan Zakir Naik kepada pihak berkuasa India.
“Oleh itu, tiada sebarang komitmen diberikan untuk mengekstradisi beliau,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman web Parlimen.
Menurut Saifuddin, keputusan berkenaan dibuat berdasarkan hak Malaysia di bawah Artikel 6 Triti Ekstradisi yang ditandatangani bersama Kerajaan India pada 2010, selain mengambil kira peruntukan Akta Ekstradisi 1992.
Beliau menjawab soalan Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) yang meminta penjelasan mengenai status terkini permohonan ekstradisi Zakir Naik, termasuk pematuhan dokumen dan keterangan mengikut kehendak undang-undang serta perjanjian antara kedua-dua negara.
Isu ekstradisi pendakwah itu sebelum ini turut menjadi perhatian susulan laporan mengenai perbincangan antara Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi, berhubung perkara berkenaan.
Zakir Naik, yang berasal dari India dan menetap di Malaysia sejak beberapa tahun lalu, dikehendaki pihak berkuasa negara asalnya bagi menghadapi dakwaan berkaitan pengubahan wang haram dan penyampaian ucapan berunsur kebencian.
Bagaimanapun, keputusan ekstradisi tertakluk kepada undang-undang negara serta peruntukan perjanjian antarabangsa yang berkaitan, dan Malaysia setakat ini mengekalkan keputusan untuk tidak menyerahkan beliau kepada India.
Lebih 724,000 kandungan judi dalam talian diturunkan MCMC: Teo Nie Ching
MCMC siasat akaun Facebook hina Sultan Selangor
Sistem cukai mesti adil, golongan kaya tidak boleh terlepas: PMX
Anwar beri amaran risiko serangan siber terhadap Malaysia
Bekalan makanan negara cukup untuk enam bulan: Zahid
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum