MCMC buka penyertaan syarikat berlesen laksana projek kabel dasar laut baharu

July 16, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempelawa syarikat telekomunikasi yang layak mengemukakan cadangan awal bagi pelaksanaan inisiatif Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM), projek strategik negara untuk memperkukuh infrastruktur digital Malaysia.

MCMC memaklumkan projek di bawah rangka kerja Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) itu akan membina sistem kabel dasar laut baharu yang menghubungkan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi mewujudkan rangkaian komunikasi domestik yang lebih kukuh, berdaya tahan dan bersedia menghadapi keperluan masa depan.

Menurut MCMC, projek itu turut meningkatkan kapasiti rangkaian serta mempelbagaikan laluan sambungan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan komunikasi di seluruh negara.

“Melalui peluasan kapasiti rangkaian dan kepelbagaian laluan sambungan, projek ini akan meningkatkan kesinambungan perkhidmatan serta memperkukuh daya tahan infrastruktur komunikasi negara,” menurut kenyataan MCMC pada Khamis.

Sistem SALAM merangkumi 10 Stesen Pendaratan Kabel (Cable Landing Station, CLS) yang dihubungkan menerusi empat segmen kabel dasar laut dengan anggaran panjang keseluruhan kira-kira 5,582 kilometer.

MCMC menjelaskan rangkaian itu direka untuk menyediakan laluan alternatif yang lebih pelbagai dari segi geografi, sekali gus mengurangkan risiko gangguan perkhidmatan sekiranya berlaku kerosakan pada mana-mana laluan utama.

Selain mengukuhkan hubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, SALAM dijangka menjadi tulang belakang kepada peluasan perkhidmatan jalur lebar dan rangkaian 5G, selain menyokong pertumbuhan pusat data, pengkomputeran awan, teknologi kecerdasan buatan (AI) serta industri digital yang sedang berkembang.

“Projek ini akan menyediakan infrastruktur sambungan domestik yang teguh dan boleh dipertingkatkan mengikut keperluan, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi digital, agenda keterangkuman digital dan daya tahan negara dalam jangka panjang,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, MCMC mempelawa semua pemegang lesen yang layak mengemukakan Pendaftaran Minat bersama Draf Pelan Perkhidmatan Sejagat untuk dinilai selaras Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002.

Kabel dasar laut merupakan komponen penting dalam ekosistem komunikasi moden kerana membawa sebahagian besar trafik data domestik dan antarabangsa.

Permintaan terhadap internet berkelajuan tinggi yang terus meningkat, pelaburan dalam infrastruktur ini dilihat penting bagi memastikan rangkaian komunikasi negara kekal stabil, selamat dan mampu menyokong keperluan pengguna, sektor perniagaan serta agensi kerajaan.

Berita berkaitan
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
20 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
July 25, 2026· Isu semasa
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
July 22, 2026· Isu semasa
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
July 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
23 jam lalu · Isu semasa
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
July 25, 2026 · Isu semasa
Tarif AS tidak setinggi negara lain, rundingan akan tetap diteruskan: PMX
July 24, 2026 · Isu semasa
MB Negeri Sembilan: Tiada calon lain selain Tok Min
July 24, 2026 · Isu semasa
Kes tender PDRM: Saksi dedah bekas pegawai Hamzah rasa kecewa berhubung bayaran RM2 juta
July 23, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
17 jam lalu
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok