MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita

July 25, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkukuh usaha mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat menerusi kolaborasi strategik bersama Penang Halal International (PHI) dalam Program MADANI Kita (PMK) yang berlangsung sempena Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX 2026).

Program selama tiga hari di Politeknik Seberang Perai bermula 24 Julai itu dirasmikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menurut MCMC, kerjasama julung kali bersama PHI membuka ruang lebih luas kepada masyarakat dan usahawan mendapatkan pelbagai maklumat, khidmat nasihat serta manfaat daripada inisiatif yang disediakan kementerian, agensi kerajaan dan rakan strategik.

“Kolaborasi ini mencerminkan komitmen berterusan MCMC dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi kerjasama strategik dengan pelbagai pihak. Inisiatif ini turut menyokong pembangunan ekonomi setempat, memperluaskan keterangkuman digital serta memastikan manfaat agenda Malaysia MADANI dapat dinikmati lebih ramai rakyat,” menurut kenyataan MCMC pada Sabtu.

Program MADANI Kita yang diselaraskan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri menghimpunkan pelbagai kementerian dan agensi Persekutuan di bawah satu bumbung bagi memudahkan orang ramai mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan.

Penganjuran serentak dengan PIHEX 2026 turut memberi nilai tambah kepada pengunjung apabila pelbagai perkhidmatan disediakan dalam satu lokasi.

Antara pengisian sepanjang program ialah pemeriksaan kesihatan, Jualan Rahmah, Jualan Agro MADANI, reruai agensi kerajaan, khidmat komuniti, pertandingan NADI E-Sukan MADANI Legend serta kemudahan internet percuma menerusi NADI On Wheels (NOW).

MCMC turut memaklumkan inisiatif itu selari dengan usaha memperluaskan keterangkuman digital dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat melalui rangkaian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Program MADANI Kita merupakan antara inisiatif kerajaan untuk membawa perkhidmatan awam terus kepada rakyat menerusi konsep menghimpunkan pelbagai kementerian dan agensi di satu lokasi.

Pendekatan itu memudahkan urusan orang ramai selain menggalakkan penyampaian perkhidmatan yang lebih pantas, bersepadu dan mesra pengguna.

Berita berkaitan
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
6 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
9 jam lalu· Isu semasa
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
23 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
23 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
7 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
7 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
7 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
9 jam lalu · Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok