MCMC siasat dakwaan kebocoran data Khairul Aming

July 21, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mendapatkan laporan penuh berhubung dakwaan kebocoran maklumat peribadi membabitkan pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming, susulan kebimbangan wujud akses tanpa kebenaran terhadap sistem dalaman sebuah syarikat telekomunikasi.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana aduan yang dikongsi Khairul Aming di platform Threads memberi gambaran terdapat individu yang tidak sepatutnya mempunyai akses kepada maklumat peribadi pelanggan serta inventori atau sistem milik syarikat telekomunikasi terbabit.

“Saya sudah bertemu wakil syarikat telekomunikasi itu dan mereka memaklumkan sedang menghubungi saudara Khairul Aming.

“Saya juga akan meminta MCMC mendapatkan laporan penuh mengenai perkara ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2026, hari ini.

Terdahulu, Khairul Aming mempersoalkan bagaimana maklumat berkaitan bil telefon peribadinya boleh diketahui pihak lain sehingga didedahkan secara terbuka di media sosial.

Menerusi hantaran di platform Threads, beliau meminta penjelasan daripada pihak telco mengenai dakwaan kebocoran maklumat bil telefon peribadinya yang dikaitkan dengan seorang pengguna media sosial.

Persoalan itu dibangkitkan selepas seorang pengguna Threads mendakwa mengetahui butiran bil telefon Khairul Aming, termasuk menyatakan terdapat tunggakan sebanyak RM498 selain mengaitkannya dengan beberapa perkhidmatan tambahan (add-on digital purchase).

Dalam pada itu, Fahmi berkata penyebaran maklumat yang boleh mengenal pasti seseorang (personally identifiable information atau PII) tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi dan tindakan boleh diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Berikutan itu, beliau meminta orang ramai yang mengalami insiden sama untuk membuat laporan kepada MCMC supaya pihak berkenaan mempunyai rekod, maklumat dan bukti bagi membolehkan tindakan susulan diambil.

Berita berkaitan
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
7 jam lalu· Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
October 25, 2026· Isu semasa
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
October 24, 2026· Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
October 28, 2026 · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
October 28, 2026 · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
8 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
8 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok