MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook

July 25, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan sedang menyiasat satu kes membabitkan kandungan berunsur penghinaan terhadap agama Islam yang dimuat naik di platform media sosial Facebook.

MCMC memaklumkan siasatan dijalankan susulan aduan yang diterima berhubung penyebaran kandungan jelik melampau berunsur 3R (kaum, agama dan institusi diraja), sambil menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan platform komunikasi sehingga melanggar undang-undang.

“MCMC sedang menjalankan siasatan yang menyeluruh dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan platform komunikasi yang melanggar undang-undang,” menurut kenyataan media suruhanjaya itu pada Sabtu.

Menurut MCMC, pihaknya turut bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bersedia memberikan bantuan teknikal serta kepakaran digital bagi membantu siasatan, jika diperlukan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

MCMC turut menegaskan penyebaran kandungan jelik melampau berkaitan agama dipandang serius kerana berpotensi mencetuskan kebencian, menjejaskan perpaduan masyarakat serta mengganggu keharmonian antara kaum di negara ini.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya menggunakan platform media sosial secara beretika, berhemah dan bertanggungjawab serta tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan berunsur penghinaan, hasutan atau jelik melampau, khususnya yang menyentuh isu agama.

Kebelakangan ini, pihak berkuasa mempertingkat pemantauan terhadap kandungan dalam talian yang menyentuh isu 3R susulan peningkatan penyebaran bahan berunsur provokasi di media sosial.

MCMC sebelum ini berulang kali mengingatkan pengguna supaya mematuhi undang-undang dan tidak menyalahgunakan platform digital hingga boleh mengancam ketenteraman awam serta keharmonian masyarakat.

Berita berkaitan
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
6 jam lalu· Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
October 25, 2026· Isu semasa
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
October 24, 2026· Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
7 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
7 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
9 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok