Media diingat jaga etika siaran kandungan sensitif: MCMC

March 31, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan semua organisasi media agar sentiasa berpegang kepada etika kewartawanan dan menjalankan pertimbangan editorial yang teliti, khususnya dalam melaporkan kandungan sensitif seperti kemalangan, tragedi dan insiden kehilangan nyawa.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, MCMC menegaskan penyebaran imej atau video yang bersifat eksplisit, mengganggu emosi atau memaparkan mangsa yang telah meninggal dunia adalah tidak wajar serta tidak menghormati maruah mangsa dan perasaan ahli keluarga.

“Usaha mendapatkan tontonan tidak boleh mengatasi nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial,” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC, kandungan sedemikian bukan sahaja tidak beretika, malah tidak sepatutnya dijadikan bahan untuk meraih perhatian, meningkatkan interaksi atau mengejar capaian di platform digital.

Isu ini timbul susulan peningkatan perkongsian kandungan sensitif di media sosial sejak kebelakangan ini, termasuk rakaman kemalangan dan kejadian tragis yang sering tular tanpa tapisan.

Fenomena ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat yang melihatnya sebagai satu bentuk eksploitasi terhadap mangsa.

Sehubungan itu, MCMC menegaskan semua organisasi media perlu mematuhi garis panduan pelaporan sedia ada bagi memastikan setiap kandungan yang disiarkan dilakukan secara bertanggungjawab dan berhemah.

“Kegagalan mematuhi standard ini boleh dikenakan tindakan pengawalseliaan, termasuk penggantungan akaun media sosial berkaitan,” jelas kenyataan itu lagi.

Pada masa sama, MCMC menyeru pengamal media untuk terus bertindak secara profesional serta menghormati sensitiviti masyarakat dalam setiap laporan yang diterbitkan.

Berita berkaitan
62 NADI Negeri Sembilan tawar latihan AI percuma
14 jam lalu· Isu semasa
Tei terima pelawaan debat dengan bos J-KOM isu sekatan media sosial
14 jam lalu· Politik
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
June 11, 2026· Isu semasa
Bos J-Kom ambil pendekatan lebih agresif, cabar pengkritik berdebat
June 11, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Program Ziarah Kasih: Fahmi santuni warga emas, pesakit terlantar di Seri Menanti
13 jam lalu · Isu semasa
Hubungan diplomatik baik, politik stabil jamin bekalan tenaga: PMX
14 jam lalu · Isu semasa
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
June 12, 2026 · Isu semasa
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
June 11, 2026 · Isu semasa
Kadar pengangguran naik sedikit pada April: DOSM
June 11, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok