Menara terbakar, pengguna terjejas komunikasi di Padawan: MCMC

July 3, 2026 · Isu semasa

Kira-kira 1,000 pengguna perkhidmatan komunikasi di beberapa kampung sekitar Padawan terjejas selepas sebuah menara komunikasi komersial milik Sacofa Sdn Bhd di Kampung Semaru terbakar, petang Rabu.

Kejadian kira-kira pukul 6 petang pada 1 Julai itu dipercayai memberi kesan kepada pengguna di Kampung Semaru, Kampung Biya Parang, Kampung Sapit, Kampung Kiding, Kampung Pesang dan Kampung Subang.

Gangguan itu menyebabkan sebahagian pengguna berdepan kemerosotan liputan rangkaian serta sambungan komunikasi yang tidak konsisten, khususnya bagi panggilan, internet mudah alih dan perkhidmatan digital yang bergantung kepada capaian rangkaian.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, tindakan segera telah diambil sebaik kejadian dikenal pasti bagi mengurangkan kesan gangguan terhadap penduduk di kawasan terlibat.

“MCMC telah mengarahkan penyedia perkhidmatan yang terlibat supaya melaksanakan langkah mitigasi dengan segera, termasuk mengoptimumkan liputan rangkaian sedia ada di kawasan berhampiran,” menurut kenyataan MCMC.

Selain itu, Portable Base Transceiver Station (PBTS) atau menara pemancar mudah alih turut dioperasikan sebagai langkah sementara bagi memastikan perkhidmatan komunikasi dapat diteruskan sementara kerja pemulihan infrastruktur dijalankan.

Menara komunikasi menjadi antara infrastruktur penting di kawasan luar bandar kerana ia menyokong capaian telefon mudah alih, internet, urusan digital, pendidikan serta hubungan kecemasan penduduk. Gangguan terhadap menara pemancar boleh memberi kesan besar kepada komuniti, terutama di kawasan yang mempunyai pilihan liputan rangkaian terhad.

Dalam tempoh pemulihan, pengguna yang terjejas disaran menggunakan kemudahan disediakan di NADI Kampung Darul Islam Belimbing, NADI Kampung Bengoh dan NADI Kampung Braang Bayur bagi mendapatkan akses komunikasi serta kemudahan digital berkaitan.

“MCMC akan terus memantau perkembangan situasi dan bekerjasama rapat dengan Sacofa, penyedia perkhidmatan serta agensi berkaitan bagi memastikan usaha pemulihan berjalan lancar,” kata kenyataan itu.

MCMC turut memberi jaminan usaha akan dipercepatkan bagi memulihkan perkhidmatan komunikasi sepenuhnya kepada penduduk di enam kampung yang terjejas.

Berita berkaitan
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
14 jam lalu· Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
October 25, 2026· Isu semasa
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
7 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
7 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
7 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
15 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok