Mesyuarat khas ASEAN esok ditangguh, ketegangan Thailand-Kemboja dipantau

December 15, 2025 · Isu semasa

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadualkan berlangsung esok ditangguhkan bagi memberi ruang memastikan semua persiapan dapat disusun dengan lebih teratur, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau menjelaskan, penangguhan itu tidak menjejaskan usaha berterusan Malaysia dalam menyelaras tindakan serta memantau perkembangan terkini melibatkan ketegangan antara Thailand dan Kemboja.

“Mesyuarat Khas Menteri Luar yang dijadualkan esok ditangguhkan sedikit supaya segala perkara dapat diatur dengan baik. Namun, kita terus merayu agar pertempuran dihentikan kerana situasi ini amat kritikal,” katanya selepas menghadiri pelancaran buku *Remembering Uncle Idris: Renewing the Spirit of Civic Activism* di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan komunikasi dengan pemimpin kedua-dua negara terbabit berjalan secara konsisten.

“Saya sentiasa berhubung dengan rakan sejawat dari Thailand, Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, hampir setiap hari secara maya,” katanya.

Mengulas mengenai arahan sekatan di Teluk Thailand bagi menghalang penghantaran bahan api dan bekalan ketenteraan ke Kemboja, Anwar berkata perkara itu masih dalam rundingan.

“Usaha sedang diteruskan untuk meredakan keadaan,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Bangkok menafikan dakwaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, gencatan senjata telah dipersetujui dengan Kemboja.

Pihak berkuasa Thailand menegaskan tiada sebarang perjanjian dicapai dan pertempuran dilaporkan masih berterusan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Thailand, Surasant Kongsiri, mendakwa Kemboja menembak dan mengebom beberapa wilayah sempadan pada waktu malam.

Sebaliknya, Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Maly Socheata, berkata Thailand terus melancarkan serangan mortar dan bom ke kawasan sempadan sejak tengah malam.

Thailand dan Kemboja telah lama bertelagah mengenai sebahagian sempadan darat sepanjang 817 kilometer, dengan perebutan kawasan termasuk tapak kuil purba yang sebelum ini mencetuskan pertempuran bersenjata.

Ketegangan kembali memuncak sejak Mei lalu selepas seorang tentera Kemboja terbunuh, sekali gus meningkatkan kehadiran tentera dan menjejaskan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Berita berkaitan
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
11 jam lalu· Politik
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
13 jam lalu· Politik
Sokongan terhadap Anwar kekal tertinggi: Tinjauan Merdeka Center
16 jam lalu· Politik
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
June 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
11 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
11 jam lalu · Isu semasa
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
16 jam lalu · Isu semasa
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
June 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok