MetMalaysia keluarkan nasihat Taufan Fung-Wong: Laporan

November 10, 2025 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan Taufan Fung-Wong yang dikesan berada kira-kira 129 kilometer (km) ke barat daya Vigan City, Filipina, awal pagi tadi.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan taufan itu bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 30 kilometer sejam (km/j), dengan kelajuan angin maksimum direkodkan pada 120 km/j.

“Taufan Fung-Wong kini berada pada kedudukan latitud 17.4 darjah utara dan longitud 119.2 darjah timur, kira-kira 1,196 km ke timur laut Kudat, Sabah,” menurut kenyataan itu.

Keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan perairan Laut China Selatan.

Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan serta Johor sehingga 12 tengah hari ini.

Antara kawasan terlibat di Kedah ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu; manakala di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk serta Hilir Perak.

Di Selangor, cuaca buruk dijangka berlaku di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang; di Negeri Sembilan melibatkan daerah Jelebu dan Seremban; manakala di Johor membabitkan Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. – Bernama

Berita berkaitan
Ribut petir, hujan lebat diramal di lima negeri hari ini
August 13, 2026· Isu semasa
Cuaca panas melampau: Penduduk kedah diminta kurangkan aktiviti luar
March 23, 2026· Isu semasa
Ribut petir landa beberapa negeri petang ini
March 20, 2026· Isu semasa
Cuaca panas berterusan di utara semenanjung hingga Selasa depan: MetMalaysia
February 4, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
August 24, 2026 · Isu semasa
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
August 24, 2026 · Isu semasa
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
August 24, 2026 · Isu semasa
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
5 jam lalu · Isu semasa
JMF buat penampilan sulung, meriahkan Hari Kebangsaan: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok