Misi Bantuan Gaza diteruskan, GSF akan adu ke Mahkamah Antarabangsa

May 25, 2026 · Isu semasa

Malaysia tetap bertekad meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza menerusi Global Sumud Flotilla (GSF) walaupun delegasi antarabangsa didakwa berdepan gangguan, tekanan fizikal dan layanan tidak berperikemanusiaan sepanjang operasi itu.

Ketua Delegasi Malaysia bagi Global Sumud Flotilla 2.0, Amirudin Shari berkata segala bentuk kekerasan yang dialami peserta misi akan dibawa ke Mahkamah Antarabangsa selain usaha meningkatkan tekanan diplomatik terhadap Israel akan diteruskan.

“Kita bukan sekali dua berdepan situasi seperti ini. Apa yang berlaku akan dibawa ke Mahkamah Antarabangsa dan tekanan diplomatik terhadap Israel akan terus dipertingkatkan,” katanya selepas menyambut ketibaan delegasi Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

Menurut beliau, misi itu membuktikan rakyat Malaysia sanggup mempertaruhkan nyawa demi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disampaikan kepada rakyat Palestin yang terus berdepan serangan di Gaza.

“Hari ini terbukti rakyat Malaysia sanggup melakukan apa sahaja demi kemanusiaan dan demi membebaskan Gaza daripada penindasan yang sudah berlaku sejak puluhan tahun,” katanya.

Global Sumud Flotilla merupakan antara gerakan antarabangsa yang menghimpunkan aktivis pelbagai negara untuk membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, selain menarik perhatian dunia terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah berkenaan susulan serangan berterusan Israel sejak tahun lalu.

Amirudin turut mendakwa terdapat cubaan sistematik untuk menggagalkan misi berkenaan termasuk penyebaran maklumat palsu, serangan fizikal terhadap peserta dan tekanan terhadap ahli keluarga mereka.

“Ada pihak cuba menggagalkan misi ini melalui pelbagai cara termasuk serangan fizikal terhadap delegasi dan tekanan kepada keluarga peserta,” ujarnya.

Terdahulu, seramai 28 rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF 2.0 selamat tiba di KLIA pada pukul 11.05 malam selepas berlepas dari Istanbul, Turkiye dan transit di Dubai sebelum pulang ke tanah air.

Kepulangan mereka disambut ahli keluarga serta penyokong yang mula berkumpul di KLIA sejak awal malam.

Bagaimanapun, seorang peserta Malaysia, Razman Mat Ali, masih menerima rawatan di Istanbul selepas dilaporkan mengalami paru-paru bocor akibat dipukul tentera Israel ketika menyertai misi tersebut.

Berita berkaitan
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
October 25, 2026· Isu semasa
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
October 23, 2026· Isu semasa
Larangan Waze: NGO mahu Malaysia perluas boikot produk Israel
October 21, 2026· Isu semasa
Anwar kecam dunia gagal bela Palestin
October 13, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
PMX arah isu e-dagang ditangani segera
2 jam lalu · Isu semasa
Dana Inovasi Media 2.0 diteruskan, lima skop pembiayaan ditawar: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan 24 jam, orang ramai boleh buat aduan
3 jam lalu · Isu semasa
MAPIM gesa tindakan tegas terhadap kempen kebencian susulan serangan di Kulai
3 jam lalu · Isu semasa
MCMC menang tuntutan RM15.32 juta terhadap MajuBina
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok