MOF: Bayaran balik lebihan cukai RM14.7 bilion sudah dilunas

July 16, 2026 · Isu semasa

Kerajaan sudah melunaskan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM14.7 bilion membabitkan 3.17 juta kes pembayar cukai setakat 30 Jun lalu, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Daripada jumlah itu, sebanyak RM5.75 bilion dibayar kepada 3.1 juta pembayar cukai individu, manakala RM8.95 bilion lagi disalurkan kepada 76,511 pembayar cukai syarikat termasuk 23,356 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

MOF memaklumkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) terus memperkukuh pengurusan bayaran balik lebihan cukai menerusi pelbagai strategi yang lebih adil dan teratur.

“LHDN memastikan peruntukan bayaran balik daripada kerajaan diagihkan secara berkesan berdasarkan usia tunggakan kes, selain turut memberi keutamaan kepada PMKS dan syarikat yang sedang berdepan masalah aliran tunai,” menurut kementerian itu.

Penjelasan itu diberikan menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Menurut MOF, bagi kes yang masih melalui proses semakan maklumat serta dokumen tambahan dikemukakan pembayar cukai, kerajaan komited memastikan semua tuntutan yang layak diproses dan diselesaikan secepat mungkin dengan mengambil kira kepentingan setiap pembayar cukai.

“Kerajaan komited untuk terus memastikan tunggakan bayaran balik dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan segera, selaras dengan kepentingan semua pembayar cukai,” menurut kenyataan itu.

Bayaran balik lebihan cukai merupakan proses memulangkan semula lebihan bayaran cukai yang dibuat individu atau syarikat selepas taksiran akhir disahkan LHDN.

Tempoh pemprosesan lazimnya bergantung kepada kelengkapan maklumat serta dokumen sokongan yang dikemukakan oleh pembayar cukai.

MOF berkata, usaha mempercepatkan pembayaran semula lebihan cukai mencerminkan komitmen kerajaan meningkatkan kecekapan pentadbiran percukaian di samping melindungi hak pembayar cukai, selaras dengan agenda reformasi fiskal Kerajaan MADANI.

Berita berkaitan
Pelepasan cukai RM12,000, gaji bersih M40 dijangka naik Januari
October 20, 2026· Isu semasa
MOF belum putuskan bantuan kewangan untuk AirAsia
October 19, 2026· Isu semasa
Hampir RM11 bilion STR, SARA disalur hingga September
October 19, 2026· Isu semasa
MoF buka ruang rayuan bantuan untuk M40 terjejas bila-bila masa
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
2 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
3 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
3 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok