MOF nafi mungkir janji pengecualian cukai terhadap TARC

July 6, 2026 · Isu semasa

Kementerian Kewangan (MOF) menafikan dakwaan kerajaan memungkiri janji berhubung pengecualian cukai kepada Yayasan Pendidikan TARC, sebaliknya menjelaskan lanjutan selama tiga tahun diberikan sementara yayasan itu melengkapkan syarat pematuhan yang ditetapkan.

Kementerian itu berkata, kelulusan pengecualian cukai bukan diberikan secara automatik, walaupun kerajaan membuka ruang kelulusan sehingga tempoh maksimum 10 tahun kepada institusi, organisasi dan tabung kebajikan yang layak.

Menurut kenyataan MOF lagi, dasar itu dilaksanakan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada 27 November lalu.

“Namun, kelulusan tersebut bukan secara automatik. Ia tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang percukaian,” katanya.

Penjelasan itu dibuat susulan polemik mengenai permohonan Yayasan Pendidikan TARC untuk melanjutkan pengecualian cukai selepas kelulusan sedia ada tamat pada tahun 2025.

MOF berkata, hasil semakan mendapati terdapat beberapa syarat yang masih belum dipenuhi sepenuhnya oleh yayasan berkenaan, termasuk aspek pengukuhan tadbir urus dan pengurusan derma.

Bagaimanapun, kerajaan mengambil pendekatan berhemah dengan meluluskan pengecualian cukai secara interim selama tiga tahun, mengambil kira peranan Yayasan Pendidikan TARC dalam menyediakan pendidikan tinggi swasta yang berkualiti dan mampu milik kepada rakyat Malaysia.

“Tempoh lanjutan ini memastikan kedudukan pengecualian cukai Yayasan Pendidikan TARC kekal sementara tindakan pematuhan syarat dimuktamadkan,” katanya.

Yayasan Pendidikan TARC mempunyai kaitan rapat dengan Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology, sebuah institusi pendidikan yang dikenali kerana menawarkan laluan pengajian tinggi pada kos lebih rendah, khususnya kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan sederhana dan rendah.

MOF menegaskan pihaknya bersedia membantu memudah cara usaha penambahbaikan yayasan itu bagi memenuhi semua keperluan ditetapkan.

“Sekiranya semua syarat dipenuhi, Yayasan Pendidikan TARC layak untuk mendapat kelulusan pengecualian cukai bagi tempoh penuh 10 tahun, selaras dengan pengumuman kerajaan,” katanya.

Kementerian itu turut mengingatkan isu berkenaan tidak seharusnya diputarbelitkan kerana kerajaan kekal komited menyokong sektor pendidikan, termasuk peranan dimainkan Yayasan Pendidikan TARC.

“Namun semua kelulusan cukai mesti dibuat mengikut undang-undang, syarat pematuhan dan prinsip tatakelola yang baik,” katanya.

Berita berkaitan
Subsidi cecah RM3.5 Bilion sebulan jika minyak dunia naik AS$90
July 22, 2026· Isu semasa
eFishery: Keputusan pelaburan KWAP dibuat panel profesional
July 20, 2026· Isu semasa
MOF: Bayaran balik lebihan cukai RM14.7 bilion sudah dilunas
July 16, 2026· Isu semasa
5.5 juta ahli KWSP guna akaun fleksibel, cecah hampir RM20 bilion
July 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
PRN NS: Waspada maklumat palsu menjelang hari pengundian
1 jam lalu · Isu semasa
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
5 jam lalu · Isu semasa
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
5 jam lalu · Isu semasa
560 kes kandungan memudaratkan berjaya diselesaikan MCMC
6 jam lalu · Isu semasa
SPRM jejak dokumen pelaburan KWAP di tiga negara
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
7 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok