Muat naik kenyataan biadab hina Thai-Kemboja, AMK gesa Ahmad Fadhli minta maaf

July 29, 2025 · Politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa Ahli Parlimen PAS, Ahmad Fadhli Shaari meminta maaf kerana kenyataan biadabnya berhubung isu rundingan yang melibatkan dua negara bertelagah Thailand dan Kemboja.

Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata Ahmad Fadhli yang juga Ketua Penerangan PAS itu sebagai sebagai gopoh, tidak beradab dan mencemarkan nama baik negara susulan gambar binatang dimuat naik dalam hantaran akaun media sosialnya.

“Malaysia sama sekali tidak akan mempertahankan tindakan gopoh dan bebal yang tidak ada secebis rasa hormat pada negara lain, apatah lagi negara jiran.

“Kenyataan seperti ini tidak wajar dan memalukan negara,” katanya dalam hantaran di laman X rasminya, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Fadhli mengkritik peranan Malaysia, khususnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam usaha mendamaikan konflik antara Thailand dan Kemboja yang akhirnya bersetuju menggerakkan gencatan senjata menerusi inisiatif diplomatik Malaysia.

Susulan itu, Ahmad Fadhli dikecam hebat di media sosial selepas memuat naik hantaran berkenaan dengan penyelesaian konflik negara bergolak Thailand dan Kemboja.

Ahmad Fadhli memuat naik gambaran tiga watak binatang iaitu kambing dan biri-biri yang sedang berebut pisang, monyet sebagai hakim.

Menurut hantaran dimuat naik di laman sosial Ahmad Fadhli, beliau menulis kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang

Beliau turut meletakkan artikel berhubung pergolakan Thailand-Kemboja di sebelah gambar berkenaan.

Dalam pada itu, Muhammad Kamil menegaskan tindakan Malaysia menjadi perantara antara kedua negara yang sedang bergolak itu bukan bersifatkan parti atau politik individu.

Tegasnya, ia soal peranan Malaysia sebagai pemimpin yang disegani di rantau ini.

“Tatkala dunia mengiktiraf peranan Malaysia khususnya Perdana Menteri sebagai peneraju dan arkitek keamanan serantau apabila dua negara jiran kita, Thailand dan Kemboja, akhirnya bersetuju menggerakkan gencatan senjata. Namun, masih ada segelintir yang memilih untuk memperlekeh dan mempertikai usaha murni ini.

“Ironinya, yang memperlekeh bukan orang luar. Tetapi pembangkang di tanah air sendiri yang nampaknya lebih rela melihat kegagalan daripada mengiktiraf kejayaan yang membanggakan negara.

“Dunia menyambut baik usaha ini dari Presiden Amerika Syarikat (AS), Presiden China, sehinggalah ke seluruh komuniti Asean tetapi pembangkang kita pula memilih untuk menjadi sinis dan pesimis.

“Mereka lupa semasa mereka berkuasa, tiada satu pun kejayaan diplomatik seumpama dan sebesar ini berjaya digerakkan untuk dicapai,” katanya.

Berita berkaitan
Transformasi AI dan digital perlu sampai ke kampung: PMX
6 jam lalu· Isu semasa
Tuan Ibrahim persoal Zahid tuduh PAS sebagai ‘pengkhianat’ besar
11 jam lalu· Politik
Wujud persefahaman baik UMNO-BN dalam Kerajaan Perpaduan: Zahid
12 jam lalu· Politik
PMX paling susah terima soal kenaikan harga barang: Mat Sabu
14 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
UMNO sedia pertimbang bekas pemimpin Bersatu yang disingkir: Zahid
6 jam lalu · Politik
Bersatu tegas singkir ‘musuh dalam selimut’, elak sabotaj: MPT Bersatu
6 jam lalu · Politik
Mari sertai ‘Rumah Bangsa’ UMNO, Asyraf Wajdi pelawa pemimpin Bersatu disingkir
11 jam lalu · Politik
Status dua ADUN Kedah digantung Bersatu, Sanusi tunggu perkenan Sultan
12 jam lalu · Politik
Khlir dakwa kedudukan sebagai MP tidak terjejas walaupun digantung Bersatu
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok