Mufti Perlis bimbang pengaruh gerakan Hindutva menular, punca provokasi kaum

March 10, 2026 · Isu semasa

Beberapa insiden yang menyentuh sensitiviti agama kebelakangan ini mencetuskan kebimbangan terhadap keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia, selain menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan pengaruh fahaman ekstrem luar mula menular ke dalam negara.

Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin atau dikenali Dr. Maza, menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan pengaruh gerakan Hindutva menyusup ke Malaysia dan memberi kesan kepada kestabilan sosial.

Beliau berkata pihak berkuasa perlu menyiasat latar belakang anasir yang mungkin terlibat, termasuk di rumah ibadat, bagi memastikan keselamatan negara tidak terancam.

“Kita bimbang tindakan ganas dan kejam serta anti-Islam yang ditunjukkan oleh mereka yang terpengaruh dengan gerakan Hindutva ini akan mencetuskan rusuhan yang besar dalam negara ini. Ini merupakan soal keselamatan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Gerakan Hindutva merujuk kepada ideologi nasionalisme Hindu yang berkembang di India dan sering dikaitkan dengan ketegangan antara agama di negara itu.

Beberapa laporan sebelum ini menyebut insiden keganasan terhadap komuniti minoriti termasuk umat Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Perpaduan Negara turut memandang serius beberapa insiden provokasi agama yang berlaku baru-baru ini dan berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat.

Menterinya, Aaron Ago Dagang berkata antara kejadian yang mendapat perhatian ialah pembakaran tiga kenderaan milik aktivis masyarakat, Cikgu Chandra oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Selain itu, satu video tular memaparkan seorang lelaki memijak dan merosakkan simbol suci agama Hindu, Trisul, yang mencetuskan kegusaran dalam kalangan penganut agama tersebut.

Insiden lain melibatkan serangan terhadap pendakwah bebas, Zamri Vinoth yang turut menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan individu serta ketenteraman awam.

“Kementerian Perpaduan Negara memandang sangat serius insiden-insiden ini kerana ia berpotensi menggugat keharmonian masyarakat di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan sebarang bentuk keganasan, provokasi agama atau tindakan melampau yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama tidak boleh diterima dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Sehubungan itu, beliau meminta Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

“Tindakan terhadap golongan pelampau yang cuba menggugat keamanan negara mesti dilaksanakan tanpa kompromi,” katanya.

Berita berkaitan
Salah faham isu dakwaan diesel dihantar ke Filipina: Fahmi
15 jam lalu· Isu semasa
Scammer menyamar wakil NSRC, mangsa ditipu kali kedua: Polis
April 13, 2026· Isu semasa
Love Scam: RM6.6 juta lesap untuk tempoh 3 bulan tahun ini
April 12, 2026· Isu semasa
Suspek conteng tokong ada masalah mental
April 11, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Harga minyak boleh naik hingga AS$150 setong jika konflik berlarutan
11 jam lalu · Isu semasa
Kapal Malaysia tersekat di Selat Hormuz dikepung tentera AS: Mohamad Hasan
11 jam lalu · Isu semasa
Isu stesen minyak kehabisan bekalan, Loke nafi negara berdepan krisis bahan api
11 jam lalu · Isu semasa
Kawalan ketat SPRM semasa program Azam Baki, elak kekecohan berulang
11 jam lalu · Isu semasa
PMX umum peruntukan RM2 juta untuk Akademi Sepak Takraw
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok