Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke dan mahu mengadakan perbincangan semula dengan Setiausaha Agung DAP itu berhubung keputusan berkenaan.
Anwar berkata, walaupun Loke sudah mengumumkan peletakan jawatan dua hari lalu, beliau berpendapat perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.
“Kalau hendak bercuti sekejap, tidak mengapa. Tetapi kalau hendak letak jawatan, kena runding semula,” katanya ketika berucap pada ceramah Grand Finale Pakatan Harapan (PH) malam ini.
Menurut Anwar, Loke sebelum ini banyak mengemukakan cadangan serta merancang pelbagai projek bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam dan memudahkan urusan perjalanan harian rakyat.
Beliau turut mempertahankan prestasi Loke sebagai menteri dengan menegaskan penilaian terhadap seseorang anggota Kabinet perlu dibuat berdasarkan integriti, amanah dan komitmen mereka menjalankan tugas, bukannya latar belakang kaum atau parti politik.
Katanya, beliau tidak melihat sebarang masalah untuk memuji prestasi seseorang menteri sekiranya individu itu menunjukkan prestasi kerja yang baik.
“Apabila saya memujinya, ada pihak daripada PAS dan UMNO mempersoalkan mengapa Anwar memuji DAP atau orang Cina.
“Tetapi apabila kita melantik seseorang menteri, perkara yang penting ialah sama ada menteri itu amanah, bersih dan bekerja keras,” katanya.
Anwar turut menyindir pihak yang mempertikaikan keputusan Loke meletakkan jawatan, sedangkan individu yang berdepan pelbagai masalah pula diminta terus kekal dalam jawatan.
“Orang seperti beliau diminta meletakkan jawatan, sedangkan mereka yang bermasalah pula diminta kekal. Dunia sudah terbalik,” katanya.
Sebelum ini, Loke mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan berkaitan pelaksanaan baki hukuman penjara bekas perdana menteri, Najib Razak, menerusi tahanan rumah.
Keputusan itu diumumkan selepas Najib mendapat kebenaran menjalani baki hukuman penjara di bawah kaedah tahanan rumah pada Selasa lalu.
Perkembangan itu mencetuskan perhatian politik memandangkan Loke merupakan antara pemimpin kanan DAP yang memegang jawatan penting dalam Kerajaan Perpaduan.
Johari tegur menteri gagal jawab soalan Ahli Parlimen
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan