MyKad baharu lebih baik, 53 ciri keselamatan baharu: JPN

May 7, 2026 · Isu semasa

MyKad versi baharu yang dijangka diperkenalkan bulan depan akan tampil dengan tahap keselamatan lebih tinggi apabila dilengkapi 53 ciri keselamatan baharu berbanding hanya 23 ciri pada kad pengenalan sedia ada.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Badrul Hisham Alias berkata, antara ciri yang ditambah termasuk turihan laser, teknologi ultraungu, hologram, guilloche, teks mikro, kod QR untuk tujuan penguatkuasaan serta cip dengan sistem enkripsi lebih canggih.

Menurut beliau, penambahbaikan itu dibuat selaras dengan perkembangan teknologi semasa dan keperluan memperkukuh keselamatan identiti rakyat.

“Yang pastinya ia mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang,” katanya dipetik laporan Bernama.

Beliau berkata, pelancaran rasmi MyKad baharu itu akan diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada masa terdekat dan JPN kini sudah bersedia sepenuhnya untuk pelaksanaannya.

MyKad mula diperkenalkan pada 2001 sebagai antara kad pengenalan pintar terawal di dunia yang menggabungkan pelbagai fungsi dalam satu kad.

Namun, peningkatan kes pemalsuan dokumen dan ancaman jenayah siber menyebabkan kerajaan mengambil langkah memperkenalkan teknologi keselamatan lebih moden.

Selain MyKad, Badrul Hisham berkata kad MyPoCA dan MyTentera turut akan menerima versi baharu bermula bulan depan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan MyKad baharu itu tidak lagi dilengkapi fungsi Touch ’n Go seperti yang pernah digunakan sebelum ini.

Berita berkaitan
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
October 29, 2026· Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
October 28, 2026· Isu semasa
Isu MyKad tular dimiliki warga asing, JPN siasat dakwaan
October 28, 2026· Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
October 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
6 jam lalu · Isu semasa
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
6 jam lalu · Isu semasa
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
13 jam lalu · Isu semasa
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
13 jam lalu · Isu semasa
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
16 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok