Nahas trak FRU: Siasatan penuh dijalankan Kementerian Pengangkutan

May 14, 2025 · Isu semasa

Siasatan rapi berhubung nahas melibatkan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dengan treler semalam akan dijalankan Kementerian Pengangkutan.

Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil semasa sidang media mengumumkan Kementerian Pengangkutan akan mengendalikan siasatan penuh bagi mengenalpasti punca nahas yang mengorbankan sembilan anggota FRU dalam tempoh sebulan.

“Menteri pengangkutan (Loke Siew Fook) memaklumkan satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk meneliti aspek-aspek bukan bersifat jenayah, di mana dari segi kenderaan bawah bidang kementerian akan diteliti dan disiasat.

“(Sementara itu), siasatan oleh polis diteruskan. Jadi akan ada dua siasatan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri.

Laporan itu perlu dibentangkan semula kepada Jemaah Menteri sebelum keputusan dibuat.

Semalam, Loke berkata, sebuah pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi menyiasat kemalangan tragis itu, dianggotai pakar kerajaan dan bebas yang akan menasihati Kementerian Pengangkutan berhubung tindakan seterusnya.

Dalam kejadian kira-kira 8.50 pagi semalam, sebuah trak FRU dalam konvoi pulang selepas bertugas sempena sambutan Chitirai Pournami terlibat kemalangan dengan sebuah lori membawa batu kerikil di Jalan Chikus-Sungai Lampam.

Ketua Polis Hilir Perak, Bakri Zainal Abidin, mengesahkan sembilan anggota FRU dari Unit 5 Ipoh maut dalam nahas itu.

Punca kejadian masih disiasat, namun penemuan awal menunjukkan lori terbabit mungkin mengalami kegagalan sistem stereng.

Pemandu lori itu direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, bantuan kecemasan RM2,000 juga akan diberikan hari ini kepada lima keluarga mangsa di Perak.

Sumbangan itu diserahkan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail yang akan melawat keluarga mangsa.

Berita berkaitan
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
18 jam lalu· Isu semasa
Sabah, Sarawak dan seluruh Malaysia perlu maju bersama: Fahmi
September 16, 2026· Isu semasa
Fahmi santuni jurugambar Borneo Post terjejas ribut
September 15, 2026· Isu semasa
SPRM reman pemilik syarikat, ejen bantu siasatan dokumen palsu JPJ
September 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
18 jam lalu · Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
18 jam lalu · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
September 20, 2026 · Isu semasa
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026 · Isu semasa
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
September 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok