Najib tidak teruskan rayuan saman terhadap bekas Peguam Negara

20 jam lalu · Politik

Najib Razak menarik balik permohonan kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan bagi menghidupkan semula saman sivil bernilai RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.

Keputusan itu dibuat selepas bekas perdana menteri itu memutuskan untuk memberi tumpuan kepada “isu-isu yang lebih mendesak”.

Peguam Najib, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, memaklumkan perkara itu kepada panel tiga hakim di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini.

Peguam Tommy, Alan Adrian Gomez, mengesahkan pihaknya bersetuju menerima kos sebanyak RM10,000 susulan penarikan balik permohonan berkenaan.

Panel yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Hashim Hamzah, bersama Hakim Ruzima Ghazali dan Azimah Omar kemudian membatalkan permohonan tersebut.

Saman berkenaan difailkan Najib pada 2021 dengan mendakwa Tommy melakukan salah laku dalam jawatan awam ketika menjalankan pendakwaan terhadapnya berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan International Petroleum Investment Company (IPIC).

Najib mendakwa bekas Peguam Negara itu bertindak dengan niat jahat ketika memulakan prosiding pendakwaan terhadapnya.

Menerusi saman itu, Najib memohon deklarasi mahkamah supaya tindakan Tommy diisytiharkan sebagai salah laku dalam jawatan awam selain menuntut ganti rugi RM1.9 juta.

Jumlah berkenaan termasuk kos rundingan dan khidmat pasukan audit bagi menyemak dokumen serta menyediakan fakta untuk menghadapi pendakwaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi pada 25 November 2022 membenarkan permohonan Tommy untuk membatalkan saman itu tanpa perbicaraan penuh.

Najib kemudian membawa perkara tersebut ke Mahkamah Rayuan, namun keputusan yang diberikan pada Februari lalu juga tidak memihak kepadanya.

Mahkamah Rayuan memutuskan saman berkenaan difailkan terlalu awal atau pramatang, sekali gus mengekalkan keputusan membatalkannya. Najib turut diperintahkan membayar kos RM12,000 kepada Tommy.

Susulan keputusan itu, Najib memohon kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan pada Februari lalu dengan mengemukakan tiga persoalan undang-undang untuk dipertimbangkan.

Antara persoalan dibangkitkan ialah sama ada undang-undang Malaysia mengiktiraf tort *malicious process* atau proses perundangan yang dimulakan dengan niat jahat.

Pihak pembelaan turut memohon penjelasan mengenai skop tanggungjawab Peguam Negara serta sama ada tuntutan salah laku dalam jawatan awam bergantung kepada keputusan kes jenayah yang berkaitan.

Penarikan balik permohonan itu sekali gus menamatkan usaha Najib untuk membawa pertikaian saman berkenaan ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

Berita berkaitan
Dakwa dinafikan hak membela diri, Inspektor Sheila saman Ayob Khan dan PDRM
20 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah larang pihak terlibat ulas kes Shuhaily
November 25, 2026· Isu semasa
Dua lelaki gagal cabar keputusan kerajaan mansuh subsidi diesel
November 25, 2026· Isu semasa
MCMC saman Google RM600 juta isu kandungan berbahaya di YouTube
November 25, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Nazri mahu UMNO-PAS runding kerusi, Wawasan diketepikan: Laporan
November 27, 2026 · Politik
PRN Sarawak: GPS menang tanpa bertanding, SPR tunggu pandangan AGC
November 27, 2026 · Politik
Zahid dan Tok Mat Menghadap Tuanku Muhriz, nasib MB N.Sembilan jadi tumpuan
18 jam lalu · Politik
Pendakwaan persoal transaksi RM25.3 juta dalam akaun Bersatu
19 jam lalu · Politik
Rafizi diminta dedah sumber dana kempen parti Kancil
November 26, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok