Namewee ditahan memiliki dan menggunakan dadah: Polis KL

November 3, 2025 · Isu semasa

Pengarah dan pemuzik kontroversi, Wee Meng Chee atau Namewee, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah hotel bulan lalu kerana disyaki memiliki dan menggunakan dadah berbahaya.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, tangkapan ke atas lelaki berusia 42 tahun itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 22 Oktober kira-kira jam 4.30 petang.

Dalam serbuan tersebut, polis menemui sembilan biji pil disyaki ecstasy dengan anggaran berat 5.12 gram di dalam bilik hotel terbabit.

“Suspek kemudiannya dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut. Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif bagi empat jenis dadah, iaitu amphetamine, methamphetamine, ketamin dan THC,” jelas Fadil dalam kenyataannya pada Isnin.

Ujarnya, suspek telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan sebelum pertuduhan dikemukakan.

Pada 24 Oktober lalu, Namewee didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur atas dua pertuduhan berasingan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pertuduhan pertama adalah di bawah Seksyen 39A(1) kerana memiliki dadah berbahaya, manakala pertuduhan kedua di bawah Seksyen 15(1)(a) kerana menggunakan dadah.

Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.

“Mahkamah telah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan,” jelasnya lagi.

Kes ini telah ditetapkan untuk sebutan semula pada 18 Disember ini bagi proses seterusnya.

 

Berita berkaitan
MCMC diminta sekat jualan dadah dalam talian: Fahmi
12 jam lalu· Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
September 4, 2026· Isu semasa
RCI TH: Bekas menteri UMNO direman bagi bantu siasatan
September 2, 2026· Politik
Scam: Cinta TikTok berakhir dengan kerugian RM112,500
August 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen
4 jam lalu · Isu semasa
Zahid, Fahmi akan bawa isu PKD-NADI ke Kabinet sebulan lagi
14 jam lalu · Isu semasa
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
14 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
14 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan penamatan darurat di Serian hari ini: PMO
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok