Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Pengerusi Asean, Anwar Ibrahim menggesa semua negara di rantau tersebut tidak meminggirkan suara rakyat mereka demi memastikan kestabilan dan pembangunan yang mampan.
Perdana Menteri berkata pemimpin Asean menerusi wakil-wakil rakyat yang dipilih di negara masing-masing perlu mengambil kira suara rakyat negara mereka dalam berdepan cabaran geopolitik, perubahan iklim dan ketidaktentuan ekonomi global.
“Suara rakyat yang diungkapkan melalui wakil rakyat pilihan mereka, mesti diambil kira dalam setiap keputusan yang akan membentuk masa depan rantau ini,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ucapan pembukaan Perjumpaan Pemimpin-Pemimpin Asean Bersama Wakil-Wakil Perhimpunan Antara Parlimen Asean (Asean-AIPA Interface) sempena Sidang Kemuncak Asean ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.
Sesi itu dipengerusikan Anwar dan turut dihadiri Presiden AIPA merangkap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul serta delegasi Parlimen dari negara-negara Asean.
Sesi tersebut menghimpunkan Ketua Negara dan kerajaan Asean serta Speaker dan Timbalan Speaker Parlimen daripada negara anggota dan Timor Leste, dengan tema “Parlimen Menerajui Pertumbuhan Terangkum dan Asean yang Mampan”.
Anwar berkata, penyertaan aktif institusi legislatif dan kerjasama erat antara Parlimen negara anggota menerusi AIPA adalah penting untuk memastikan pertumbuhan yang inklusif dan pembangunan mampan dapat dicapai.
Beliau berkata, AIPA perlu terus menjadi rakan strategik dalam pembinaan Komuniti Asean, khususnya dalam merealisasikan aspirasi rakyat dan memperkukuh daya tahan rantau ini.
Beliau turut menyifatkan AIPA sebagai platform penting untuk menjalin kerjasama rentas institusi yang mampu memperkukuh tadbir urus demokrasi serta menyatukan pandangan rakyat dalam kerangka pembangunan serantau.
“Kita menggalakkan komitmen berterusan AIPA dalam isu-isu utama seperti keterjaminan makanan, perubahan iklim, transformasi digital serta pembangunan ekonomi yang inklusif dan adil,” katanya.
Program Ziarah Kasih: Fahmi santuni warga emas, pesakit terlantar di Seri Menanti
62 NADI Negeri Sembilan tawar latihan AI percuma
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi