Nik Nazmi Nik Ahmad.
Bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan tidak terlibat dalam sebarang urusan yang dikaitkan dengan dakwaan rasuah berhubung pemindahan tiga ekor gajah ke Jepun dan menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan.
Menurut beliau, dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan urusan pemindahan haiwan tersebut tidak berasas dan tidak mempunyai kaitan dengan beliau.
“Benda itu saya tidak terlibat dan mungkin nak siasat, itu hak mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Jelajah Parti Bersama Malaysia (Bersama) di Pantai Cahaya Bulan semalam.
Ketika ditanya sama ada beliau mengalu-alukan siasatan SPRM terhadap isu berkenaan, Ahli Parlimen Setiawangsa itu menjawab ringkas pendiriannya tidak berubah.
“Ya, saya dah sebut sebelum ini,” katanya.
Isu tersebut timbul selepas kumpulan Peguam Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (Hidup) menyatakan hasrat untuk membuat laporan kepada SPRM berhubung pemindahan tiga ekor gajah bernama Dara, Amoi dan Kelat ke sebuah zoo di Osaka, Jepun.
Kumpulan itu mendakwa terdapat bayaran yang dikaitkan dengan urusan pemindahan haiwan berkenaan yang tidak disalurkan kepada kerajaan.
Mereka turut mendakwa beberapa individu mempunyai kaitan dengan transaksi yang dilaporkan bernilai RM53 juta.
Bagaimanapun, Nik Nazmi sebelum ini telah menafikan sebarang penglibatan dirinya mahupun bekas pejabatnya dalam urusan yang didakwa itu.
Beliau turut menjelaskan kelulusan akhir bagi pemindahan tiga ekor gajah berkenaan hanya diberikan selepas beliau tidak lagi memegang jawatan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam pada Julai tahun lalu.
Kontroversi pemindahan gajah tersebut terus mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pertubuhan perlindungan hidupan liar yang mempersoalkan aspek ketelusan dan proses kelulusan pemindahan haiwan berkenaan ke luar negara.
Setakat ini, pihak berkuasa belum mengumumkan sebarang hasil siasatan rasmi berhubung dakwaan yang dibangkitkan, manakala Nik Nazmi mengekalkan pendiriannya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan urusan tersebut.
Masjid Warisan TRX diteruskan, Menteri Agama beri jaminan
FINAS bawa 11 syarikat tempatan ke festival animasi dunia
Iran pelawa Malaysia teroka kerjasama bekalan minyak: Laporan
KPDN jelaskan status sebenar Madani Mart: Armizan
Ancaman dadah sintetik kian meruncing, fentanyl juga dikesan dalam vape
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar