Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke

June 16, 2026 · Isu semasa

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi sanggup menyusun semula jadual rasminya bagi menghadiri Majlis Peluncuran Operasi Shuttle Selatan di Stesen Kereta Api Kulai pada Selasa yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menurut beliau, meskipun menerima jemputan dalam tempoh singkat, tanggungjawab terhadap rakyat dan kepentingan negeri mendorongnya untuk hadir ke majlis berkenaan.

“Saya sepatutnya menghadiri makan tengah hari bersama tetamu dari Harvard hari ini, tetapi saya ubah jadual untuk hadir ke sini.

“Namun apa pun keadaan, saya faham walaupun kita sedang berada dalam suasana yang luar biasa, kita harus kekal profesional dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab sebagai kerajaan demi kesejahteraan rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Beliau berkata, kehadirannya juga bagi menyampaikan suara rakyat Johor termasuk kebimbangan dan keluhan berkaitan isu pengangkutan yang dihadapi di negeri itu.

Majlis berkenaan menjadi perhatian selepas ia merupakan pertemuan terbuka antara Onn Hafiz dan Loke susulan pertikaman lidah kedua-dua pemimpin itu di media sosial berhubung beberapa isu melibatkan pembangunan dan pengangkutan di Johor.

Dalam ucapannya, Onn Hafiz turut menegaskan amanah seorang pemimpin tidak bergantung kepada kedudukan atau kuasa yang dimiliki, sebaliknya diukur melalui kesungguhan untuk berkhidmat kepada rakyat.

“YB Menteri mungkin kita ada perbezaan dalam banyak perkara. Ya, mungkin saya tak berapa tinggi kalau nak dibandingkan dengan YB Menteri yang jauh lebih besar.

“Besar dari segi kuasanya, besar dari segi peruntukannya. Namun begitu, saya percaya serendah atau sebesar mana pun kedudukan kita, amanah seorang pemimpin tetap sama, bekerja demi kepentingan rakyat dan memudahkan kehidupan mereka,” katanya.

Beliau berkata, rakyat tidak menilai pemimpin berdasarkan jumlah pengumuman projek yang dibuat, sebaliknya menilai keupayaan mereka menyampaikan hasil yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Rakyat tidak menilai siapa yang paling banyak mengumumkan projek. Rakyat menilai siapa yang benar-benar menyampaikan hasil yang terbaik untuk mereka. Di situlah sebenarnya rendah atau besarnya seorang pemimpin dinilai,” ujarnya.

Onn Hafiz turut mengingatkan kepimpinan perlu berteraskan adab dan profesionalisme walaupun wujud perbezaan pandangan dalam pentadbiran.

Sebelum ini, hubungan antara kerajaan negeri Johor dan Kementerian Pengangkutan menjadi perhatian susulan beberapa kenyataan yang saling berbalas di media sosial mengenai isu infrastruktur dan pengangkutan awam.

Berita berkaitan
Maszlee sedia berdebat, adakah Onn Hafiz akan sahut?
9 jam lalu· Politik
PRN Johor: Debat Maszlee dan Onn Hafiz, biar pengundi nilai siapa layak jadi MB?
15 jam lalu· Politik
Johor perlukan kerajaan negeri sehaluan Putrajaya: Amanah
19 jam lalu· Politik
Kerjasama dengan Putrajaya kunci kemajuan Johor: Anwar
June 22, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Masjid Warisan TRX diteruskan, Menteri Agama beri jaminan
13 jam lalu · Isu semasa
FINAS bawa 11 syarikat tempatan ke festival animasi dunia
13 jam lalu · Isu semasa
Iran pelawa Malaysia teroka kerjasama bekalan minyak: Laporan
15 jam lalu · Isu semasa
KPDN jelaskan status sebenar Madani Mart: Armizan
15 jam lalu · Isu semasa
SPRM arah pegawai kemas kini harta, perkukuh integriti dalaman: Azalina
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok