OPR dijangka kekal, inflasi meningkat perlahan

March 30, 2026 · Isu semasa

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus sepanjang 2026 walaupun tekanan inflasi dilihat semakin meningkat secara beransur-ansur.

Menurut Laporan Gambaran Pelaburan Suku Kedua 2026 oleh HSBC Perbankan Persendirian, peningkatan inflasi di Malaysia banyak didorong oleh permintaan domestik yang masih kukuh, selari dengan pemulihan ekonomi pasca pandemik dan aktiviti perbelanjaan pengguna yang stabil.

Namun begitu, laporan itu menegaskan bahawa tekanan harga masih terkawal berikutan pertumbuhan gaji yang sederhana, meskipun kadar pengangguran berada pada paras rendah.

“Kami menjangka BNM akan mengekalkan OPR pada 2.75 peratus sepanjang 2026, kecuali berlaku kenaikan berterusan dalam harga minyak global,” menurut laporan berkenaan.

Dari sudut pertumbuhan ekonomi, HSBC mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang sekitar 4.5 peratus pada 2026, sedikit perlahan berbanding anggaran 4.9 peratus pada tahun sebelumnya.

Pakar Strategi Pelaburan Asia HSBC Abhilash Narayan, berkata asas ekonomi negara kekal kukuh disokong penggunaan domestik yang stabil serta pelaburan berterusan dalam infrastruktur dan teknologi.

“Perbelanjaan dalam projek infrastruktur, pembangunan pusat data serta pemulihan sektor pelancongan terus menjadi pemacu utama ekonomi negara,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengingatkan bahawa risiko luaran seperti ketidaktentuan geopolitik di Timur Tengah dan kenaikan harga tenaga boleh memberi tekanan jangka pendek.

Namun, langkah kerajaan seperti subsidi bersasar dan kawalan harga dijangka mampu meredakan kesan tersebut terhadap pengguna.

Bagi prestasi mata wang, ringgit dilihat antara yang lebih stabil di rantau Asia tahun ini, disokong oleh lebihan akaun semasa dan aliran masuk pelaburan asing.

Walaupun begitu, selepas mengukuh sebelum ini, mata wang tempatan kini dilihat menghampiri nilai asasnya.

HSBC mengambil pendirian berhati-hati dengan jangkaan kadar pertukaran dolar Amerika Syarikat kepada ringgit sekitar 3.85 menjelang akhir tahun.

Sementara itu, pasaran saham tempatan dijangka bergerak secara sederhana dalam tempoh terdekat.

Walaupun asas ekonomi kekal positif, kekurangan pendedahan kepada sektor pertumbuhan tinggi seperti semikonduktor dan pusat data dalam indeks tempatan menjadi antara faktor yang mengehadkan potensi kenaikan.

Berita berkaitan
Kerajaan Pulau Pinang sokong PRU-16 tidak diawalkan, fokus isu ekonomi negara
June 6, 2026· Politik
Kerajaan kaji semula perbelanjaan susulan krisis global: Akmal Nasrullah
May 31, 2026· Isu semasa
Kerajaan sedia peluang kerja baharu untuk rakyat terjejas: Anwar
May 26, 2026· Isu semasa
Kerajaan teruskan bantuan BUDI Agri-Komoditi: Anwar
May 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
6 jam lalu · Isu semasa
Kadar pengangguran naik sedikit pada April: DOSM
9 jam lalu · Isu semasa
Agong tarik balik gelaran ‘Tan Sri’ dianugerah kepada Isa Samad
9 jam lalu · Isu semasa
Cucu dedah dakwa dirogol, warga emas direman enam hari
June 10, 2026 · Isu semasa
Malaysia teroka sumber minyak baharu, utamakan kesesuaian fasiliti tempatan
June 10, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok