Program subsidi minyak BUDI95.
Rakyat Malaysia boleh menyemak kelayakan mereka untuk menerima subsidi petrol RON95 yang disasarkan melalui inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) yang mula dibuka untuk semakan mulai jam 9 pagi ini.
Menurut Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, semakan kelayakan boleh dibuat secara terus melalui portal rasmi www.budimadani.gov.my tanpa perlu pendaftaran baharu.
“Semakan dilakukan secara automatik menggunakan nombor kad pengenalan. Orang ramai hanya perlu melayari portal tersebut untuk melihat profil kelayakan dan baki penggunaan subsidi bulanan mereka,” jelas beliau.
Inisiatif ini mensasarkan pemegang lesen memandu aktif yang berwarganegara Malaysia dan berumur 16 tahun ke atas.
Setiap individu yang layak akan menerima subsidi sebanyak 300 liter sebulan pada harga RM1.99 seliter, berbanding harga pasaran tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter. Sebarang penggunaan melebihi had bulanan tersebut akan dikenakan harga pasaran semasa.
Bagi kemudahan pengguna, proses pembayaran di stesen minyak adalah mudah.
“Pengguna hanya perlu memasukkan MyKad ke dalam alat pembaca yang disediakan di kaunter untuk pengesahan kelayakan sebelum membuat pembayaran sama ada secara tunai, kad kredit atau debit, mahupun e-dompet,” tambah Amir Hamzah.
Resit yang dikeluarkan akan memaparkan dengan jelas nilai subsidi yang ditanggung oleh kerajaan serta jumlah sebenar yang dibayar oleh pengguna.
Kerajaan menjangkakan penjimatan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun melalui pelaksanaan subsidi bersasar ini.
Wang penjimatan tersebut akan disalurkan semula untuk program bantuan rakyat seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Pemandu e-hailing pula boleh memohon untuk tambahan kuota subsidi melalui portal BUDI95 yang sama.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bantuan BUDI95 di 1300-88-9595 yang juga beroperasi mulai hari ini.
PRN NS: Waspada maklumat palsu menjelang hari pengundian
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
560 kes kandungan memudaratkan berjaya diselesaikan MCMC
SPRM jejak dokumen pelaburan KWAP di tiga negara
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat