Program subsidi minyak BUDI95.
Individu yang mengalami masalah cip MyKad rosak boleh menukarnya secara percuma di semua kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara mulai esok sehingga 7 Oktober ini.
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, mengumumkan inisiatif kerajaan bagi memastikan akses rakyat kepada subsidi BUDI95 dan perkhidmatan penting tidak terjejas akibat masalah teknikal pada kad pengenalan mereka.
“Ingin saya tegaskan bahawa Kerajaan Madani prihatin untuk menanggung sepenuhnya kos dalam tempoh ini. Ini bagi memastikan setiap warganegara yang layak dapat menikmati manfaat subsidi dengan lancar,” katanya.
Beliau berkata, tawaran percuma ini adalah sebagai langkah proaktif menangani trend peningkatan permohonan penggantian MyKad yang ketara sejak kebelakangan ini.
Berdasarkan data JPN, seramai 294,715 permohonan penggantian MyKad atas alasan cip atau kad rosak telah diterima dari Januari hingga Ogos tahun ini.
Peningkatan mendadak dilihat dalam tempoh tiga bulan kebelakangan dengan 32,819 permohonan pada Jun, diikuti 40,371 pada Julai, dan 45,411 pada Ogos.
“Bagi bulan September sehingga semalam, JPN menerima sebanyak 22,858 permohonan. Berdasarkan purata penggantian dua bulan terkini, kami menganggarkan permohonan bagi kategori cip rosak adalah sekitar 43,000 unit sebulan,” kata Saifuddin.
Beliau menambah, inisiatif percuma selama seminggu ini dianggarkan melibatkan kos kira-kira RM714,660, yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
“Ini adalah komitmen kerajaan untuk memudahkan urusan rakyat. Saya menggesa mereka yang bermasalah dengan cip MyKad untuk mengambil peluang ini bagi mengelakkan sebarang halangan untuk mendapatkan bantuan kerajaan,” ujarnya.
Terpedaya peraduan gores dan menang, lelaki rugi RM2,470
Dewan Rakyat lulus peruntukan JPM, tujuh kementerian
Bantuan RM1,000: Lebih 15,000 pemandu teksi, kereta sewa layak terima
MA63: Kerajaan setuju serah kuasa pengurusan buangan kepada Sarawak
Bekas jurufoto Utusan berdepan masalah kesihatan terima bantuan Tabung Kasih Hawana
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum