PAS.
PAS memilih untuk tidak tergesa-gesa membuat keputusan mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka susulan pengesahan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan semua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya pada pilihan raya lalu.
Ahli Jawatankuasa PAS, Annuar Musa berkata keputusan berhubung kerusi yang akan ditandingi parti itu diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan, termasuk menerusi rundingan bersama rakan dalam Perikatan Nasional (PN).
Menurutnya, BN sudah pun menyatakan hasrat untuk bertanding di hampir semua kerusi majoriti Melayu di Melaka, sekali gus mengecilkan ruang kepada parti lain.
“Pucuk pimpinan BN dah isytihar nak bertanding hampir semua kerusi majoriti Melayu untuk mereka. Tinggal satu dua kerusi saja untuk parti-parti lain.
“Bagi PAS, kita serah kepada pucuk pimpinan dan tidak perlu terburu-buru.
“Bagi PN saya percaya kita akan berbincang terlebih dahulu. Tidak perlu mendahului perundingan,” katanya yang juga Ketua Penerangan PN.
Kenyataan itu dibuat selepas Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh yang juga Pengerusi BN Melaka berazam mempertahankan kesemua 21 kerusi DUN yang dimenangi gabungan itu pada PRN Melaka 2021.
Pada pilihan raya berkenaan, BN memperoleh kemenangan besar dengan menguasai 21 daripada 28 kerusi DUN, sekali gus membentuk kerajaan negeri.
Namun, momentum itu tidak diterjemahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 2022 apabila BN gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen di Melaka.
Mengulas lanjut, Annuar berkata PAS tidak mahu membuat keputusan secara terburu-buru sebaliknya akan menilai sentimen pengundi sebelum memuktamadkan strategi menghadapi pilihan raya.
Katanya, jentera parti bersama Jabatan Pilihan Raya PAS akan menjalankan penelitian menyeluruh bagi memahami kehendak rakyat Melaka.
“Kita amat menghargai aspirasi rakyat Melaka.
“Amatlah perlu kita cermat membuat perhitungan dan tidak mudah lupa dengan kejayaan yang sudah dicapai. Ia sebahagian daripada ujian buat kita semua,” katanya.
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
Kemelut takhta: Majlis menghadap Tunku Nadzaruddin batal, Balai Undang dikawal polis
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum