PAS nampak gila kuasa masih dalam PN tetapi ceraikan Bersatu: Mahfuz

June 10, 2026 · Politik

Keputusan PAS untuk menamatkan kerjasama politik dengan Parti Bersatu tetapi pada masa sama masih mahu menerajui Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tindakan yang mengelirukan dan sukar difahami rakyat.

Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar berkata, situasi itu seolah-olah menggambarkan sebuah hubungan yang sudah berakhir, namun kedua-dua pihak masih memilih untuk berada dalam rumah yang sama kerana kepentingan tertentu.

Menurut beliau, rakyat kini semakin muak dengan pertikaian politik yang berterusan antara parti-parti pembangkang ketika negara berdepan pelbagai cabaran yang lebih mendesak.

“Rakyat sedang memikirkan soal masa depan negara, kos sara hidup dan kestabilan ekonomi, tetapi pemimpin politik masih sibuk bertelagah mengenai kedudukan serta pengaruh dalam gabungan politik masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Mahfuz mendakwa keengganan PAS melepaskan kedudukan sebagai peneraju PN walaupun telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan politik dengan Bersatu menunjukkan soal kuasa lebih diutamakan berbanding prinsip perjuangan yang sering dilaungkan.

Katanya, sekiranya PAS benar-benar mahu berpegang kepada prinsip politik yang konsisten, parti itu sepatutnya mengambil keputusan untuk meninggalkan PN secara terhormat dan tidak terus berada dalam gabungan berkenaan.

Beliau turut mendakwa penggunaan hujah agama serta konsep maslahah sering dijadikan alasan untuk mempertahankan tindakan politik tertentu, sekali gus menghalang ahli akar umbi daripada mempersoalkan hubungan dengan rakan sekutu dalam gabungan tersebut.

“Jika keputusan sudah dibuat untuk tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu, maka pendirian itu seharusnya diterjemahkan secara jelas dan konsisten, bukannya mengekalkan kedudukan dalam gabungan yang sama,” katanya.

Mahfuz juga berpendapat tindakan PAS kekal berada dalam PN walaupun hubungan politik dengan Bersatu telah diputuskan mungkin bertujuan memberi tekanan kepada parti itu supaya mengambil langkah terlebih dahulu terhadap mereka.

Kontroversi berhubung hubungan PAS dan Bersatu timbul selepas beberapa kenyataan daripada pimpinan kedua-dua parti yang memberi gambaran wujud keretakan dalam kerjasama mereka menjelang persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

PN yang ditubuhkan pada 2020 merupakan gabungan politik yang dianggotai PAS, Bersatu serta beberapa parti lain bagi menghadapi pilihan raya dan membentuk kerjasama pembangkang.

Mengulas lanjut, Mahfuz menegaskan pemimpin politik sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha menangani isu rakyat berbanding terlibat dalam percaturan kuasa yang berpanjangan.

“Ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup, ketidaktentuan ekonomi dan kebimbangan mengenai masa depan keluarga, keutamaan pemimpin politik seharusnya tertumpu kepada penyelesaian masalah rakyat, bukannya drama politik yang tidak berkesudahan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua parti politik supaya mengambil pendirian yang jelas sekiranya tidak lagi sehaluan dan menghentikan apa yang disifatkannya sebagai “drama perkahwinan plastik” yang hanya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Berita berkaitan
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
20 jam lalu· Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
22 jam lalu· Politik
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
23 jam lalu· Politik
Dua ADUN Bersatu sokong Wan Rosdy hingga PRN-16, parti beri restu
23 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
12 jam lalu · Politik
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
15 jam lalu · Politik
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
19 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
19 jam lalu · Politik
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok