PDRM mohon Interpol keluar notis merah jejak Tamim Dahri

July 15, 2026 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan notis merah terhadap aktivis Tamim Dahri Abdul Razak yang dipercayai masih berada di luar negara bagi membantu usaha mengesan dan membawanya pulang ke Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata permohonan itu dikemukakan kepada Interpol pada 8 Jun lalu sebagai sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan susulan siasatan terhadap kes provokasi agama yang dikaitkan dengan suspek.

Menurutnya, PDRM sebelum ini turut mengambil langkah memohon pembatalan pasport Tamim Dahri bagi memudahkan usaha mengesan pergerakannya.

“Bagi tujuan mengesan dan membawa balik suspek, PDRM sudah memohon pembatalan pasport suspek dan kemudiannya telah mengemukakan permohonan Red Notice kepada pihak Interpol pada 8 Jun lalu,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang meminta penjelasan mengenai perkembangan tindakan polis untuk mengesan Tamim Dahri.

Kes berkenaan mendapat perhatian selepas Mahkamah Majistret Langkawi pada 17 Mac lalu menangguhkan prosiding pertuduhan terhadap Tamim Dahri selepas dimaklumkan dia berada di Riyadh, Arab Saudi.

Pihak pendakwaan sebelum ini memaklumkan suspek dipercayai meninggalkan Malaysia melalui Bukit Kayu Hitam menuju ke Thailand pada 9 Mac sebelum berlepas ke Arab Saudi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok.

Namun, pendakwaan memaklumkan status kemasukannya ke Arab Saudi masih belum dapat dipastikan, sama ada menggunakan visa pelancong atau visa umrah.

Susulan kegagalannya hadir ke mahkamah, waran tangkap terhadap Tamim Dahri dikeluarkan pada 17 Mei lalu.

Tamim Dahri berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas dakwaan merosakkan objek soolam yang menjadi simbol suci penganut Hindu di tapak lama sebuah kuil di Langkawi.

Notis merah Interpol bukan waran tangkap antarabangsa, sebaliknya satu mekanisme untuk memaklumkan negara anggota mengenai individu dikehendaki supaya dapat dikesan, ditahan mengikut undang-undang tempatan dan diserahkan kepada negara yang memohon melalui proses perundangan yang berkaitan.

Berita berkaitan
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
12 jam lalu· Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
14 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah dengar cabaran PN terhadap penggantungan RoS 7 Disember
October 27, 2026· Politik
Parlimen: Rayer diminta hantar surat rasmi rujuk Takiyuddin ke jawatankuasa
October 26, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
2 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
3 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
3 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok