Kematian Zara Qairina didakwa menjadi mangsa buli.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terhadap akaun TikTok yang didakwa menyebarkan maklumat tidak benar berkenaan kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M. Kumar, siasatan ini dilaksanakan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau menjelaskan bahawa kandungan yang disebarkan melalui akaun berkenaan bukan sahaja menyalahgunakan kemudahan rangkaian komunikasi, malah turut berpotensi menimbulkan kebencian serta kegusaran dalam kalangan masyarakat.
“Penyebaran maklumat tidak sahih seperti ini boleh mengganggu proses siasatan polis yang sedang dijalankan,” kata Kumar dalam kenyataan.
Beliau juga menyeru orang ramai agar tidak terus menyebarkan sebarang maklumat yang tidak disahkan mengenai kes tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan orang awam.
Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah longkang berhampiran asrama sekolah agamanya di Papar, Sabah pada pukul 4 pagi, 16 Julai lepas. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu keesokan harinya.
PDRM mengingatkan orang ramai agar lebih bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial dan merujuk kepada sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai kes tersebut.
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri