Kes mahkamah.
Seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM50,000.
Tertuduh, Mohamad Hamim @ Mohamed Kamarudin, 54, yang memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif (Pengurusan) didakwa menerima wang tunai tersebut daripada seorang individu yang diketahui mempunyai kaitan dengan urusan rasminya di DBKL.
Perbuatan itu didakwa berlaku di sebuah rumah di Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku pada 10 Januari lalu.
Tuduhan terhadapnya dibaca mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang, jika disabitkan kesalahan, boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Pihak pendakwaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Yasri Yahya, menawarkan jaminan sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin serta beberapa syarat lain.
Peguam bela, Mohd Alif Anuar, yang mewakili tertuduh bersama rakan sejawatnya, memohon jaminan yang lebih rendah atas alasan anak guamnya menanggung keluarga serta seorang anak yang kurang upaya.
Selepas mendengar hujahan, Hakim Azura Alwi membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.
Tertuduh juga diarahkan untuk melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur sebulan sekali sehingga kes selesai.
“Mahkamah tidak menahan pasport tertuduh tetapi dia perlu membuat laporan secara bertulis kepada mahkamah setiap kali ke luar negara,” kata Hakim Azura.
Mahkamah telah menetapkan 12 Januari ini untuk sebutan semula kes tersebut.
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum