Peguam Najib berdepan tindakan hina mahkamah, AGC mulakan prosiding

May 30, 2025 · Isu semasa

Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap peguam Muhammad Shafee Abdullah berhubung kenyataan beliau yang secara terbuka menyamakan prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan ‘pendengaran ala Nazi-Jerman’.

Dalam kenyataan pada Jumaat, AGC memaklumkan kenyataan itu dibuat dalam konteks kes yang masih berjalan merupakan serangan serius dan tidak wajar terhadap maruah, kewibawaan dan kebebasan badan kehakiman.

“Walaupun peguam berhak mencabar keputusan kehakiman melalui saluran undang-undang yang sewajarnya, kenyataan dibuat secara awam yang mencemarkan imej mahkamah atau menggugat keyakinan awam terhadap pentadbiran keadilan tidak boleh diterima dalam sistem perundangan kita.

“Peguam Negara memandang serius perkara ini sebagai isu yang melibatkan kepentingan Perlembagaan dan institusi,” menurut AGC.

AGC menegaskan prosiding penghinaan mahkamah akan diteruskan bagi menegakkan kedaulatan undang-undang, memelihara integriti proses kehakiman dan melindungi institusi itu daripada tohmahan serta tekanan awam yang tidak wajar.

Kenyataan AGC berkenaan sebagai respons kepada laporan media terkini serta kenyataan yang dikeluarkan oleh Tetuan Shafee & Co pada Jumaat berhubung perkataan ‘Nazi-Jerman’ yang dibuat semasa sidang media di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Muhammad Shafee dilaporkan membuat kenyataan itu ketika menjawab soalan wartawan mengenai perintah mahkamah yang menggantung sementara prosiding semakan kehakiman bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak berhubung kewujudan dokumen tambahan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah. – Bernama

Berita berkaitan
Najib teruskan rayuan hina mahkamah isu titah adendum
5 jam lalu· Politik
Timbalan CEO SSM didakwa terima rasuah RM50,000 daripada anak Hamzah
March 12, 2026· Isu semasa
MCMC siasat satu lagi akaun FB didakwa hina al-Quran
March 11, 2026· Isu semasa
Pentadbir akaun Facebook dipenjara 10 bulan kerana hina pemergian Pak Lah
March 11, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
2,257 pengarah syarikat gagal bayar caruman disekat ke luar negara
5 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak kekal stabil walaupun berdepan konflik Asia Barat
5 jam lalu · Isu semasa
Stok beras dipertingkat hingga 9 bulan, bekalan mencukupi: Mohamad
5 jam lalu · Isu semasa
Politik stabil tarik minat pelabur asing ke Malaysia
5 jam lalu · Isu semasa
Saksi penting dalang komplot jatuhkan kerajaan berada di luar negara: Polis
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok