Pelabur asing terus beli saham tempatan, aliran masuk cecah RM15 juta

February 9, 2026 · Isu semasa

Pelabur asing terus menunjukkan keyakinan terhadap pasaran saham Malaysia apabila merekodkan aliran masuk bersih RM15 juta minggu lalu, menandakan minggu kelima berturut-turut mereka kekal sebagai pembeli bersih.

Jumlah ini hampir menyamai aliran masuk minggu sebelumnya sebanyak RM12.8 juta.

Menurut MBSB Research, aktiviti dagangan minggu lalu lebih pendek kerana penutupan pasaran sempena cuti Thaipusam.

Sepanjang tempoh itu, pelabur asing hanya menjadi pembeli bersih pada satu hari dagangan iaitu Jumaat dengan aliran masuk RM132.3 juta.

“Aliran dana asing masih stabil walaupun dagangan lebih singkat, menunjukkan minat berterusan terhadap ekuiti tempatan,” kata firma penyelidikan itu dalam satu nota.

Bagaimanapun, pasaran turut menyaksikan aliran keluar asing pada beberapa hari lain, dengan Khamis mencatat aliran keluar terbesar sebanyak RM64.8 juta, diikuti Rabu RM26.8 juta dan Selasa RM25.8 juta.

Dari segi sektor, perkhidmatan kewangan menjadi tumpuan utama pelabur asing dengan aliran masuk RM162 juta. Ini diikuti sektor perladangan sebanyak RM37 juta dan pembinaan RM34.2 juta.

Sebaliknya, sektor teknologi mencatat aliran keluar tertinggi sebanyak RM54.5 juta, diikuti hartanah RM45.2 juta dan utiliti RM41.7 juta.

Dalam kalangan pelabur tempatan, institusi tempatan mencatat aliran keluar bersih RM36.2 juta selepas dua minggu menjadi pembeli bersih.

Pelabur runcit tempatan pula kembali menjadi pembeli bersih dengan aliran masuk RM21.2 juta selepas sembilan minggu berturut-turut mencatat jualan bersih.

Secara keseluruhan, purata volum dagangan harian menurun bagi semua kategori pelabur.

Pelabur runcit tempatan susut 19.7 peratus, institusi tempatan turun 17.7 peratus, manakala pelabur asing merosot 23.5 peratus.

Pasaran saham Malaysia sebelum ini dilihat semakin stabil selepas berdepan ketidaktentuan global susulan perubahan kadar faedah dan sentimen ekonomi dunia.

Trend aliran masuk asing yang berterusan kini dilihat sebagai petunjuk keyakinan pelabur luar terhadap prospek ekonomi negara dalam tempoh terdekat.

Berita berkaitan
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
4 jam lalu· Isu semasa
Eksport Malaysia cecah RM1.81 trilion, rekod tertinggi sejak 1990
November 23, 2026· Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
November 22, 2026· Isu semasa
Anwar pertahan sokongan kepada Xi meskipun berdepan tekanan
November 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
2 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
2 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
4 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
2 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok