Pelaburan KWAP rugi RM200 juta perlu disiasat: PMX

July 20, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu siasatan menyeluruh dijalankan terhadap kerugian pelaburan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dalam syarikat eFishery di Indonesia, termasuk meneliti proses kelulusan yang membawa kepada keputusan pelaburan tersebut.

Beliau berkata, kerajaan menyokong sepenuhnya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah memulakan siasatan bagi mengenal pasti sama ada wujud pelanggaran prosedur, unsur rasuah atau kecuaian dalam proses membuat keputusan.

“Sudah tentu siasatan perlu dilakukan. Sebab itu saya menyokong langkah SPRM untuk meneliti jika ada keterlanjuran, percanggahan dari segi undang-undang atau unsur rasuah.

“SPRM juga perlu melihat proses pelaburan, keputusan panel pelaburan dan kelulusan yang diberikan oleh lembaga KWAP,” katanya ketika menjawab soalan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman memaklumkan agensi itu menubuhkan pasukan siasatan khas bagi meneliti kerugian kira-kira RM200 juta membabitkan pelaburan KWAP dalam syarikat teknologi akuakultur eFishery.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, hasil semakan awal mendapati proses kelulusan pelaburan itu dilihat luar biasa apabila syarikat berkenaan mendapat pengesahan daripada beberapa firma audit bertaraf antarabangsa.

“Dua audit bertauliah meluluskan, audit ketiga juga meluluskan tetapi belum sempat disahkan. Ini membabitkan tiga firma audit terbesar dunia. Bila saya teliti, memang luar biasa, tetapi luar biasa dari sudut penipuan.

“Ini menjadi pengajaran. Walaupun disahkan syarikat audit terkenal dunia, ia masih tidak memberi jaminan mutlak,” katanya.

Beliau turut mengaitkan pengalaman itu dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang menurutnya turut melibatkan institusi kewangan dan firma audit antarabangsa, namun masih gagal mengesan penyelewengan pada peringkat awal.

Katanya, insiden itu membuktikan panel pelaburan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada laporan audit semata-mata, sebaliknya perlu memperkukuh penelitian terhadap aspek tadbir urus, pematuhan peraturan dan integriti.

“Dalam kerangka MADANI, kita bercakap tentang kepintaran, kepakaran dan teknologi baharu. Semua itu penting, tetapi mesti disandarkan kepada nilai dan akhlak,” katanya.

Kes eFishery mendapat perhatian selepas syarikat pemula niaga dari Indonesia itu didakwa terpalit dengan penipuan kewangan yang menjejaskan beberapa pelabur institusi.

Susulan perkembangan itu, SPRM membuka siasatan bagi mengenal pasti sama ada terdapat sebarang salah laku dalam proses pelaburan membabitkan dana KWAP.

Berita berkaitan
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
6 jam lalu· Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
6 jam lalu· Politik
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
6 jam lalu· Politik
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
7 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
12 jam lalu · Isu semasa
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
12 jam lalu · Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
15 jam lalu · Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
15 jam lalu · Isu semasa
Karnival Internet Selamat himpunkan lebih 500 penduduk Kalabakan
August 15, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok