Pelakon mengaku tak bersalah dalam kes amang seksual

June 17, 2025 · Isu semasa

Pelakon dan penyanyi lelaki, Naim Daniel hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan bawah umur di sebuah hotel di Petaling Jaya, 19 Mei lalu.

Bagaimanapun, Naim membuat pengakuan tak bersalah terhadap pertuduhan dihadapinya dan meminta dibicarakan.

Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin membuat pengakuan itu selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Datin M Kunasundary.

Mengikut pertuduhan, Naim, 28, melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan berumur 17 tahun tujuh bulan di sebuah hotel di Petaling Jaya, jam 8.56 malam.

Naim melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Akta itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

Terdahulu artis lelaki itu yang mengenakan kemeja berwarna putih serta lengkap bertali leher dan blazer tiba di pekarangan Istana Kehakiman, di sini, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Naim diwakili peguam Mohd Irwan Sumadi dan Amirul Ridzuan Hanif.

Prosiding hari ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin

Terdahulu Nurul Izzah menawarkan jaminan RM15,000 dan syarat tambahan termasuk pasport ditahan sementara, manakala tertuduh tidak mengganggu mangsa atau mana-mana saksi pendakwaan.

Hakim kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga diarahkan untuk menyerahkan pasport antarabangsa diserahkan kepada pihak mahkamah sehingga kes selesai.

Hakim turut mengarahkan tertuduh agar tidak mengganggu mangsa dan saksi-saksi pendakwaan lain dengan apa-apa cara sekalipun.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 18 Ogos ini sebagai tarikh sebutan kes itu.

Berita berkaitan
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
21 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah tangguh prosiding bankrap Najib dan anak
September 4, 2026· Politik
Nama diguna tanpa izin, tokoh kewangan tuntut RM10 juta
September 3, 2026· Isu semasa
Bekas COO Tabung Haji masuk hospital, prosiding kes mahkamah ditangguh
September 3, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
3 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
20 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
20 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok