Pelaku sebabkan kerugian Tabung Haji akan disiasat : PM

July 29, 2026 · Isu semasa

Individu atau pihak yang bertanggungjawab menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) mengalami kerugian dan penipuan akan disiasat secara menyeluruh.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata siasatan akan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) termasuk mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Keputusan Jemaah Menteri tadi bukan saja nak sebar, orang yang bertanggungjawab menyebabkan kerugian dan penipuan, salah guna kuasa akan disiasat oleh PDRM, SPRM dan Bank Negara.

“Semua akan siasat. Kalau ada bukti, dakwa, biar masuk mahkamah dan biar masuk penjara kalau salah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Minum Petang Bersama PMX di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, hari ini.

Terdahulu, Jemaah Menteri bersetuju mendedahkan laporan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH kepada umum dan bakal dibentang serta dibahas pada sidang khas Dewan Rakyat dalam tempoh terdekat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah perlu dilaksanakan mengikut lunas perundangan negara.

“Ramai dah pergi haji dan pergi umrah. Wang haji dia ditipu. Saya tak mahu tuduh sesiapa. Biar PDRM, SPRM dan BNM siasat,” katanya.

Beliau turut mendedahkan taklimat yang disampaikan Pengerusi TH, Abdul Rashid Hussain kepada Jemaah Menteri mendapati institusi itu menanggung kerugian mencecah RM10 bilion.

“Dia bagi taklimat kepada Jemaah Menteri. Rugi RM10 bilion disebabkan tak ikut peraturan, pelaburan salah dan banyak masalah,” katanya.

Menurut Anwar, masalah itu berlaku sejak 2014 apabila pelbagai pelanggaran yang dibangkitkan Bank Negara Malaysia tidak diberi perhatian sehingga mengakibatkan TH mengalami kerugian besar.

Isu pengurusan kewangan Tabung Haji sebelum ini menjadi perhatian apabila kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dan kelemahan tadbir urus yang menjejaskan institusi berkenaan.

Keputusan mengelaskan semula laporan RCI itu membuka laluan kepada penelitian awam serta tindakan lanjut terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang.

 

Berita berkaitan
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
9 jam lalu· Isu semasa
NGO desak SPRM, AG jelaskan status siasatan RM1.1 bilion libat Rafizi
October 27, 2026· Politik
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
October 23, 2026· Isu semasa
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
October 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
5 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
6 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
6 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok