Pemandu mabuk didakwa di Mahkamah Ayer Keroh, ibu muda maut dirempuh

May 8, 2026 · Isu semasa

Seorang pelayan bar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang ibu muda dalam kemalangan di Jalan Ujong Pasir, awal pagi Selasa lalu.

Tertuduh, S Darshan, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kereta di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa penunggang motosikal, Nur Aleya Natasha Roslan, 21, kira-kira jam 2.30 pagi pada 5 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020), yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 15 tahun serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000 jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga boleh hilang kelayakan memegang lesen memandu selama 10 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Syauqi Mardia Baharudin, mencadangkan jaminan RM10,000 selain syarat lesen memandu tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhamad Mawardi Zainudin, memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya hanya berpendapatan RM2,200 sebulan dan menanggung bapanya yang berusia 58 tahun.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Dalam kejadian itu, Nur Aleya Natasha yang juga ibu kepada seorang anak kecil berusia dua tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit sebelum ini dilaporkan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu tertuduh terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh motosikal mangsa.

“Kereta itu dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal mangsa,” katanya.

Berita berkaitan
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
1 jam lalu· Politik
Pelatih silat mengaku tidak bersalah hina institusi Agong
8 jam lalu· Isu semasa
Bekas pegawai NGO berdepan kes rasuah RM98 juta, 2 jam baca 158 pertuduhan
8 jam lalu· Isu semasa
Seorang individu akan didakwa 158 pertuduhan esok: SPRM
June 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RTM ambil langkah sekat akses VPN ke RTMKLIK
June 16, 2026 · Isu semasa
Anwar berlepas ke Rusia sertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN
1 jam lalu · Isu semasa
Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Onn Hafiz dan Loke bertemu selepas perang mulut politik
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka kukuh selepas isyarat positif perjanjian damai AS-Iran
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok