Pemandu pacuan empat roda tular dihukum penjara, lesen ditarik balik

May 13, 2025 · Isu semasa

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda RM12,000 terhadap pemandu pacuan empat roda yang tular dalam kemalangan sehingga menyebabkan kecederaan terhadap pasangan suami isteri.

Pemandu tersebut, K Darmaraju, 32, mengaku bersalah sebaik pertuduhan memandu secara melulu yang dibaca di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap, 11 Mei lalu.

Sebelum ini media melaporkan sepasang suami isteri parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Plus berhampiran Plaza Tol Duta.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa lelaki berusia 53 tahun retak tulang selangka dan luka pada buku lali manakala isterinya berusia 49 tahun yang juga pembonceng motosikal parah termasuk pendarahan di kepala, patah tulang rusuk dan buku lali.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata siasatan awal mendapati motosikal jenis Benelli TRK 502 yang ditunggang mangsa sedang bergerak di lorong kiri sebelum dirempuh sebuah Nissan Navara dari arah kanan.

Pemandu lelaki Nissan Navara tidak mengalami sebarang kecederaan dan membuat laporan polis pada hari sama sekitar jam 6.55 petang.

Terdahulu, video kemalangan itu tular di media sosial selepas dimuat naik akaun ‘DashCam Malaysia’ dan mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Berita berkaitan
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
19 jam lalu· Politik
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
21 jam lalu· Politik
10 ADUN Negeri Sembilan cabar pembatalan pelantikan Exco di mahkamah
October 7, 2026· Politik
AGC teliti bukti kes tular Ketua Pengarah AKPS: Laporan
October 6, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
13 jam lalu · Isu semasa
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
13 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
14 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
19 jam lalu · Isu semasa
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok