Pembangunan Kg Baru mesti utamakan kepentingan orang Melayu, titah Sultan Selangor

September 18, 2025 · Isu semasa

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan Kampung Baru merupakan simbol kebangkitan dan maruah orang Melayu di ibu kota yang mesti dipelihara.

Baginda menitahkan sebarang usaha pembangunan di kawasan bersejarah itu perlu dilakukan dengan teliti dan berhemah, dengan keutamaan mutlak diberikan kepada kepentingan masyarakat Melayu.

“Beta ingin memberi pandangan berhubung isu pembangunan semula tanah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.

“Selepas membaca maklum balas daripada pelbagai pihak, Beta mahu agar isu ini dikendalikan secara teliti dan berhemah dengan keutamaan harus diberikan kepada kepentingan orang Melayu,” titah baginda.

Baginda mengingatkan semua pihak agar tidak melupakan sejarah panjang Kampung Baru, yang diwujudkan pada 1899 sebagai penempatan Melayu melalui kurniaan nenda baginda, Sultan Selangor Ke-5, Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah.

“Kampung Baru hasil kurnia nenda beta, itu maruah Melayu di Kuala Lumpur,” tegas Sultan Sharafuddin.

Baginda turut menyentuh ikatan peribadi dan sejarah mendalam dengan Kampung Baru, termasuk pernah menetap dan bersekolah di sana, malah
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin juga dilahirkan dan membesar di kawasan itu.

“Beta ingin mengimbas semula susur galur sejarah dan peristiwa penting orang Melayu yang telah berlaku di Kampung Baru dan harus dipelihara.

“Ini kerana Beta sendiri pernah menetap dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Raja Muda di Kampung Baru, ketika ayahanda Beta, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menjadi Raja Muda Selangor. Allahyarham ayahanda kepada Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin juga lahir di Kampong Baru di mana Tengku Permaisuri sekeluarga tinggal dan membesar,” titah baginda lagi.

Sultan Sharafuddin seterusnya menyoroti peranan Kampung Baru sebagai nadi penting sejarah negara, termasuk menjadi lokasi Kongres Melayu SeMalaya 1946 yang mencetuskan penubuhan UMNO, serta menjadi tempat perlindungan masyarakat Melayu semasa tragedi 13 Mei 1969.

Baginda juga menekankan komitmen untuk mengekalkan Masjid Jamek Kampung Baru di lokasi asalnya seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Titah baginda, warisan unik ini mesti dipertahankan untuk generasi akan datang.

Berita berkaitan
PRN Negeri Sembilan: Politik idea atau politik perkauman, siapa sebenarnya menang?
July 30, 2026· Politik
PMX kesal kritikan Sanusi walaupun pembangunan di Kedah tidak dipinggirkan
July 10, 2026· Politik
Mat Sabu yakin orang Melayu di Johor pilih kerajaan yang beri manfaat, bukan isu DAP
July 9, 2026· Politik
Polis rakam keterangan Tony Pua petang tadi selepas 77 terima laporan
May 21, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
3 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
19 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
20 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok