Ketua DAPSY, Woo Kah Leong.
Ketua Pemuda DAP, Woo Kah Leong, menyindir PAS yang kononnya mempunyai ramai calon Perdana Menteri (PM) tapi sampai hari ini gagal menggantikan pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) walaupun jawatan tersebut kosong hampir sebulan.
Beliau mempersoalkan keupayaan PAS mengurus kepimpinan dalaman sedangkan sebelum ini sering mendakwa mempunyai ramai tokoh berpotensi sebagai calon perdana menteri.
“Pengerusi PN meletakkan jawatan sebulan yang lalu. Sekarang dah nak sampai Tahun Baru Cina, pun masih tidak mampu melantik pengerusi PN yang baharu, padahal calon Perdana Menteri daripada PAS adalah sebanyak empat lori,” katanya dipetik laporan media.
Beliau turut mempersoalkan kelewatan itu yang disifatkan seolah-olah menunjukkan wujud perebutan kuasa dalam kalangan parti komponen PN.
“Lantik Pengerusi PN, apa nak takutkan?” katanya.
Setakat ini, PN masih belum mengumumkan pengganti kepada Muhyiddin Yassin yang sebelum ini memegang jawatan pengerusi.
Keadaan itu mencetuskan spekulasi mengenai persaingan pengaruh antara parti utama dalam gabungan berkenaan, khususnya PAS dan Bersatu.
Kenyataan Kah Leong dilihat sebagai reaksi terhadap kenyataan pemimpin PAS, Ahmad Fadhli Shaari, yang sebelum ini mencadangkan isu dasar sensitif seperti pemilihan datuk bandar dan kedudukan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dikaji oleh ahli akademik.
“Jika kajian pilihan raya datuk bandar boleh dibuat oleh ahli akademik, maka kajian menyeluruh terhadap sistem UEC juga patut dibuat oleh universiti dan pakar berkaitan,” katanya.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh, memaklumkan kajian kebolehlaksanaan pilihan raya datuk bandar Kuala Lumpur sedang dijalankan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
“Jangan takut, kajian ini dilakukan oleh universiti yang bereputasi tinggi dan bukan oleh parti politik,” katanya.
Cadangan pilihan raya datuk bandar mendapat bantahan beberapa pemimpin UMNO dan PAS yang mendakwa ia boleh menjejaskan kedudukan Melayu di ibu negara.
PN ditubuhkan sebagai gabungan parti pembangkang utama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 dan kini berperanan sebagai blok semak dan imbang terhadap kerajaan perpaduan.
Isu kepimpinan dalaman gabungan itu kini dilihat sebagai cabaran penting dalam menentukan hala tuju politik mereka menjelang pilihan raya akan datang.
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
PRN Johor: Anwar gesa pengundi pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya