Pemuda PAS Selangor tegur Nik Zawawi isu ceramah sahabat nabi, saran bertaubat

May 12, 2026 · Politik

Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh, dalam satu ceramah politik yang didakwa menyentuh sejarah empat sahabat utama Nabi Muhammad SAW terus mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk daripada pimpinan PAS sendiri.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar secara terbuka menyarankan Nik Zawawi supaya bertaubat dan memperbetulkan kenyataannya selepas video ceramah itu tular di media sosial sejak semalam.

Dalam hantaran di Facebook, Mohamed Sukri menegaskan para sahabat Rasulullah bukan tokoh biasa dalam sejarah Islam kerana mereka merupakan generasi yang dipilih untuk bersama Nabi Muhammad SAW serta mempertahankan agama ketika zaman awal Islam.

“Mereka adalah generasi yang dipilih oleh Allah untuk hidup bersama nabi, menerima wahyu secara langsung dan mempertahankan Islam dengan darah dan air mata,” katanya.

Walaupun kenyataan awalnya dibuat tanpa menamakan mana-mana individu, Mohamed Sukri kemudian mengesahkan ia merujuk kepada Nik Zawawi menerusi ruangan komen.

“Salah tetap salah. Dr Nik Zawawi perlu bertaubat dan betulkan kenyataan,” katanya lagi.

Kontroversi tercetus selepas tular beberapa video ceramah Nik Zawawi yang menggambarkan kehidupan Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Affan dan Ali Abi Talib sebelum memeluk Islam dengan ungkapan yang dianggap keterlaluan dan tidak beradab.

Antara lain, beliau didakwa menggambarkan Abu Bakar sebagai “bapa ceti” yang menindas orang miskin, manakala Umar pula disebut sebagai seorang yang zalim dan suka berzina sebelum menerima Islam.

Ceramah itu dipercayai disampaikan dalam satu program politik di Kuala Terengganu hujung minggu lalu.

Dalam sejarah Islam, empat tokoh berkenaan dikenali sebagai Khulafa ar-Rasyidin dan dihormati sebagai sahabat paling rapat dengan Rasulullah SAW.

Mereka memainkan peranan besar dalam penyebaran serta pentadbiran awal Islam selepas kewafatan nabi.

Ketua Wanita Amanah Nasional, Aiman Athirah Sabu, turut menyifatkan penggunaan bahasa sensasi dan menghina terhadap tokoh Islam sebagai tindakan yang tidak berhikmah.

“Penggunaan bahasa yang kasar dan sensasi bukan sahaja mencemarkan kemuliaan tokoh-tokoh agung Islam, malah membuka ruang fitnah dan salah faham terhadap agama,” katanya.

Sementara itu, pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin menyifatkan teguran terbuka terhadap Nik Zawawi sebagai perkembangan sihat dalam budaya ilmu kerana kritikan itu datang merentasi parti politik, termasuk daripada beberapa tokoh PAS sendiri.

Berita berkaitan
Hina sahabat Nabi: Amanah persoal kenapa PAS tak pecat Zawawi
May 25, 2026· Politik
Polis sudah ambil 65 keterangan kes kontroversi Nik Zawawi hina sahabat Nabi
May 18, 2026· Politik
Nik Zawawi beri keterangan kepada polis berhubung isu hina sahabat Nabi
May 15, 2026· Politik
Mahfuz persoal keikhlasan permohonan maaf Nik Zawawi
May 14, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
June 16, 2026 · Politik
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
June 16, 2026 · Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
June 16, 2026 · Politik
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
7 jam lalu · Politik
PAS cadang perpaduan Melayu, tetapi tak mahu Hamzah dalam parti
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
21 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok