Pendedahan kepada AI perlu diperluas ke universiti dan masyarakat: PMX

June 7, 2026 · Isu semasa

Pendedahan kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu diperluaskan ke semua peringkat masyarakat termasuk institusi pengajian tinggi bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam arus perubahan teknologi global.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan telah memulakan pelbagai inisiatif untuk memperkenalkan AI kepada rakyat melalui sistem pendidikan dan program komuniti yang lebih menyeluruh.

Menurut beliau, usaha memperkukuhkan penguasaan AI kini bukan sahaja dilaksanakan di sekolah, malah turut diperluaskan ke universiti di seluruh negara.

“Kita minta semua universiti ada jabatan AI termasuk di Universiti AIMST ini. Semua pelajar harus diberikan pendedahan tentang AI,” katanya ketika menjawab soalan pelajar dalam program Temu Anwar di Universiti AIMST di Sungai Petani hari ini.

Beliau berkata, institusi pengajian tinggi awam dan swasta perlu memainkan peranan lebih aktif dalam memperkukuhkan bidang tersebut sebagai persediaan menghadapi perkembangan teknologi masa depan yang semakin pesat.

Anwar turut menjelaskan kerajaan telah melaksanakan program AI Untuk Rakyat di bawah Kementerian Digital bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai teknologi berkenaan.

“Kalau tidak, kita akan mewujudkan jurang yang lebih besar antara kawasan yang kaya dengan rakyat yang kurang mendapat akses kepada teknologi ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan kemajuan teknologi AI perlu diseimbangkan dengan nilai kemanusiaan, etika dan prinsip keadilan supaya manfaatnya dapat dinikmati secara menyeluruh tanpa menjejaskan aspek sosial.

Dalam lawatan itu, Anwar turut menyampaikan geran tahunan kerajaan sebanyak RM25 juta kepada Universiti AIMST.

Beliau kemudian mengumumkan tambahan peruntukan RM1 juta bagi membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan di universiti berkenaan.

Menurutnya, kerajaan komited memastikan pelajar daripada golongan miskin tidak tercicir daripada melanjutkan pengajian hanya kerana kekangan kewangan.

“Pendidikan adalah antara bidang paling penting dalam membentuk masa depan negara dan profesion pendidik merupakan kerjaya yang sangat mulia,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
10 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
10 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas
August 18, 2026· Isu semasa
Kerajaan terbuka kaji gabung elemen SST, GST
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
7 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
8 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
12 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
12 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok