Pendirian kerajaan adalah wartawan berhak bertanya apa jua soalan: Fahmi

October 31, 2025 · Isu semasa

Kerajaan hari ini menegaskan komitmennya terhadap prinsip kebebasan media dan hubungan berhemah dengan pihak pemberita, susulan laporan mengenai isu yang dibangkitkan oleh kesatuan wartawan melibatkan seorang Menteri Kabinet semalam.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan menerima maklumat daripada Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm) dan menjelaskan perkara tersebut ada dibangkitkan semasa mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi.

“Saya memandang serius perkara yang dibangkitkan dan telah berhubung dengan Menteri yang berkaitan mengenai isu ini. Beliau telah memberikan penjelasan kepada saya,” jelas Fahmi semasa sidang media minggu selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Beliau seterusnya menekankan pendirian jelas kerajaan berhubung hak pengamal media untuk bertanya sebarang soalan.

“Pendirian kerajaan adalah sangat jelas, yang mana wartawan berhak untuk bertanya apa jua soalan dalam mereka menjalankan tugas mereka sebagai wartawan,” tegasnya lagi.

Fahmi menambah setiap respons daripada para Menteri perlu disampaikan dengan penuh hemah dan berlandaskan prinsip keterbukaan.

“Ini demi saling menghormati antara media dan juga pihak kerajaan,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada Menteri berkenaan akan memohon maaf secara terbuka, Fahmi menyerahkan perkara itu kepada budi bicara Menteri terbabit.

Beliau juga menafikan terdapat sebarang arahan spesifik kepada Menteri untuk menghubungi ketua media bagi menekan pemberita.

“Kita tidak ada mengeluarkan arahan yang spesifik mengenai hal itu.

“Apa yang saya tegaskan dalam mesyuarat ialah pendirian kerajaan yang meletakkan hak wartawan untuk bertanyakan soalan sebagai satu prinsip utama,” jelasnya lagi.

Terdahulu, media melaporkan kontroversi melibatkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming susulan kejadian menegur soalan seorang wartawan semasa satu majlis baru-baru ini.

Insiden itu berlaku semasa program pra pelancaran projek ‘I Lite U’, apabila seorang wartawan mempersoalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai tema projek berkenaan.

Kor Ming menjelaskan penggunaan bahasa Inggeris adalah sesuai bagi menarik pelancong antarabangsa memandangkan ia acara pelancongan.

Namun, tindakan Kor Ming yang seterusnya memberitahu akan menghubungi ketua pengarang akhbar berkenaan mengenai soalan itu telah mencetuskan bantahan.

Berita berkaitan
Gagal tangani akaun palsu kerabat diraja, kerajaan teliti tindakan terhadap Meta: Fahmi
May 9, 2026· Isu semasa
Transformasi AI dan digital perlu sampai ke kampung: PMX
6 jam lalu· Isu semasa
Wujud persefahaman baik UMNO-BN dalam Kerajaan Perpaduan: Zahid
12 jam lalu· Politik
Fahmi menghadap Sultan Selangor sembah isu akaun palsu kerabat diraja
May 8, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi santuni bekas Ketua Pengarang Melaka Hari Ini, serah sumbangan HAWANA
6 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak negara kembali stabil, PETRONAS ambil langkah proaktif: PMX
23 jam lalu · Isu semasa
Quranic Madani akan diperluas, sambutan orang ramai luar biasa: Menteri Agama
23 jam lalu · Isu semasa
Jalan Bukit Bintang ditutup malam ini untuk program Quranic Madani
May 8, 2026 · Isu semasa
ASEAN perlu bersedia hadapi krisis makanan: Anwar
May 8, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok