Juruterbang Malaysia Airlines (MAS) dikehendaki menjalani ujian saringan air kencing.
Malaysia Aviation Group (MAG) mengesahkan operasi penerbangan haji bagi musim 2026 akan diteruskan seperti dijadualkan meskipun ketegangan geopolitik di Asia Barat masih berlarutan dan memberi kesan kepada sebahagian laluan udara antarabangsa.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Nasaruddin A. Bakar berkata, pihaknya kekal komited terhadap tanggungjawab membawa jemaah Malaysia, dengan penerbangan pertama dijangka berlepas pada 18 April ini.
“Setakat ini, operasi berjalan seperti dirancang. Kami memantau perkembangan semasa dengan teliti, khususnya aspek keselamatan, dan sebarang keputusan akan dibuat berdasarkan penilaian terkini,” katanya dipetik laporan media.
Menurut beliau, tahap kesiapsiagaan tinggi itu susulan konflik yang tercetus di Asia Barat sejak 28 Februari lalu, yang menyaksikan beberapa sekatan ruang udara serta gangguan kepada operasi syarikat penerbangan global.
MAG, katanya, menjalankan penilaian harian menggunakan maklumat risikan pelbagai sumber bagi memastikan setiap penerbangan selamat untuk diteruskan.
“Keselamatan adalah keutamaan utama dalam setiap keputusan. Kami tidak akan berkompromi dalam hal ini,” katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Malaysia Airlines sebelum ini menggantung penerbangan ke beberapa destinasi seperti Doha atas faktor keselamatan.
Namun, Nasaruddin menjelaskan langkah itu bersifat khusus berdasarkan risiko semasa dan tidak menjejaskan keseluruhan operasi di rantau tersebut.
Bagi laluan penting seperti Jeddah dan Madinah, yang menjadi pintu masuk utama jemaah haji dan umrah, beliau berkata syarikat mengambil pendekatan lebih berhati-hati bagi memastikan setiap penerbangan memenuhi standard keselamatan ketat.
MAG turut menegaskan komitmen berterusan terhadap perjanjian jangka panjang dengan Lembaga Tabung Haji bagi pengangkutan jemaah Malaysia.
“Dari segi kontrak, kami akan terus menyokong Tabung Haji. Jika berlaku perubahan ketara, kami akan bekerjasama rapat untuk membuat pelarasan yang diperlukan,” katanya.
Berhubung situasi semasa, Nasaruddin berkata keadaan masih sukar dijangka dan bergantung kepada perkembangan semasa di Asia Barat.
“Kami yakin dengan perancangan semasa, tetapi akan terus memantau keadaan. Jika ketegangan meningkat, kami akan menilai semula dan mengambil langkah sewajarnya,” katanya.
Kerajaan kaji pengecualian PTPTN untuk graduan kelas pertama
RM14 bilion wang tidak dituntut, ramai tak sedar: Amir Hamzah
Winbox, Alibaba antara sindiket judi dalam talian terbesar dalam pantauan polis
Mahkamah keluar injunksi halang Bloomberg siar artikel berkait Farhash: Laporan
Dana Inovasi Media 2.0 perkasa industri media berdepan cabaran digital: Teo Nie Ching
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum