Abu Sahid, 68, yang juga Pengerusi dan Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd.
Seorang ahli perniagaan terkemuka, Abu Sahid Mohamed, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas 17 pertuduhan yang melibatkan pecah amanah dan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM452 juta, dikaitkan dengan projek lebuh raya utama.
Abu Sahid, 68, yang juga Pengerusi dan Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, didakwa atas empat pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM313 juta dan 13 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM139 juta.
Kesemua pertuduhan ini adalah berkaitan dengan cadangan projek pembinaan Lebuh Raya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau MEX II, yang diusahakan oleh syarikatnya.
Beliau yang muncul di mahkamah dengan menggunakan kerusi roda atas sebab-sebab kesihatan, mendengar semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Beliau kemudian mengaku tidak bersalah bagi setiap satu pertuduhan tersebut.
“Faham… tidak mengaku salah,” itu adalah jawapan beliau setiap kali pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah.
Bagi keempat-empat pertuduhan pecah amanah, Abu Sahid didakwa sebagai seorang ejen, iaitu Pengarah Maju Holdings, yang didakwa melakukan kesalahan di CIMB Bank Berhad, Bukit Tunku, antara 28 November 2018 dan 17 Disember 2018.
Manakala bagi 13 pertuduhan pengubahan wang haram, beliau didakwa melakukan kesalahan di lokasi yang sama antara 4 Disember 2018 dan 4 Julai 2019.
Maju Holdings, syarikat yang dikaitkan dengan Abu Sahid, merupakan pemegang konsesi bagi Lebuh Rayar Maju Expressway (MEX) yang mengendalikan lebuh raya menghubungkan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan KLIA.
Peguam bela memohon jaminan untuk anak guam mereka dengan alasanmasalah kesihatan yang serius dan telah bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa sepanjang siasatan.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan pada jumlah RM1.5 juta dengan syarat-syarat yang ketat.
Hakim Suzana Hussin menetapkan tarikh pendengaran kes untuk 10 Oktober ini.
Kes ini telah menarik perhatian ramai memandangkan profil tinggi tertuduh dan jumlah wang yang sangat besar yang terlibat, menandakan satu lagi kes kewangan berskala besar yang sedang dibicarakan dalam sistem keadilan negara.
2,257 pengarah syarikat gagal bayar caruman disekat ke luar negara
Bekalan minyak kekal stabil walaupun berdepan konflik Asia Barat
Stok beras dipertingkat hingga 9 bulan, bekalan mencukupi: Mohamad
Politik stabil tarik minat pelabur asing ke Malaysia
Saksi penting dalang komplot jatuhkan kerajaan berada di luar negara: Polis
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan